Bila sakit………

Bila tekak sakit..kepala pening…hidup tersumbat..boleh membuatkan kita tak mood..tak ceria..
pastu nak masak pun malas..tapi suami dan 2 orang nak makan….nasib baiklah 3 orang anak lagi tak ada di rumah…bila firdaus kata tak makan kat rumah..lagilah akak senang hati…jadi masaklah cincai boncai..akak masak bubur nasi untuk akak..tak boleh telan nasi…macam telan pasir rasanya…

Ingatkan satu mangkuk ni cukup untuk akak seorang..rupa-rupanya suami dan imran pun join sama makan bubur nasi ni…padahal akak dah masak nasi….nasiblah nasi tak berusik petang semalam…takkan nak buang…akak cadang nak masak bubur jugak nasi tu…beras dah mahal..tak boleh membazir..

Dapatlah merasa…akak goreng ikan bilis campur cili hidup di hiris dan bawang besar yang di hiris bulat. Barulah ada selera nak makan. Lupa nak ambil gambar…bila dah nak habis baru teringat..

akak sebenarnya ada penyakit tonsil…tak boleh makan/minum benda yang tercemar…kalau beli air tepi jalan dan bubuh pulak ais lagi lah cepat tonsil ni bengkak..doktor dah suruh buang..tak akak ni penakut..dah mula dari hari khamis..bila dalam perjalanan balik ambil ira dari asrama…dia nak minum cendol..akak pun belilah…rasa sikit aje..masa tu dah rasa lain macam dah tekak ni…

bila gath hari jumaat di klcc … akak minum lagi minuman berais….pasal ada orang belanja..rugilah kalau orang belanja minum air suam aje…..siap bertambah 2 kali…memang cari penyakit betul……..bertambah sakitlah tekak ni…akak ni degil…tak boleh control nafsu..kan dah merana. nasib baiklah ada ubat kat rumah..tapi bila makan tiga jenis ubat ni..mata mengantuk aje…sebab anak-anak ada kat rumah akak masaklah juga…kerah anak-anak tolong…masa hantar ira dan yang balik ke asrama dan kolej masing-masing pun akak gi jugak..

Sekarang ni tengah pantang makan pedas (tapi kat ikan bilis bubuh jugak cili merah hiris)..tak minum ais (tapi mesti minum nescafe..dah jadi minuman wajib di pagi hari..tak dapat tak puas hati)…tenguklah kalau melarat lagi pergilah ke klinik….kalau doktor suruh buang…kali ni buang ajelah…malas dah nak tanggung penyakit ni..

Tapi merempit kat depan pc masih larat lagi tau…

13 thoughts on “Bila sakit………

  1. alah kesian kak ina.. kenapa kak ina biarkan lelama cam tu kak. Buang jerlah kalau dah memudaratkan diri akak. kalau jadi apa2 yang x di ingini lagi lah susah nanti. Kena jada pemakanan ya kak ina.doa ct kak ina cepat sihat ya… cayang kak ina😀

  2. lorrrrsian koaku pon selalu gak sakit cam ginimmg xde mod kkdng nk bcakap ngn org pon malastapi aku xboleh pantangdari makan makanan pedas lahhhfaberet tuuuu

  3. hmm..aritu tonsil kita bengkak gak..tak selesa betul…pastu kawan kita bgtau…try makan ice cream nestle yg dalam cup tu…katanya bakteria dalam ice cream tu bleh meredakan tonsil yg bengkak..alhamdulillah lepas tu tonsil kita yg bengkak tu semakin pulih…

  4. Salam kak ina,alahai kak ina pun xsihat ker?Hopefully cepat sembuh yer kak….saya tau camna org ada penyakit tonsil nih coz hubby pun dh tahap kronik…..bawa2 bersabar ye kak…farah doakan akak cepat sembuh!btw, farah due patutnya end of may nih….tapi xtau laa kot2 bersalin awai….skrg ni dh 36 weeks dah…huhuhuhuh….

  5. acik pun gaser nak demam nih..sakit tekak..tonsil mang ader la bosa kat tokak nih…tpi doktor kato, biar je..dia tk kaco…tk payah ngengader nak operate….Lagi satu, doktor tu kata..tonsil tu blh sodapkan sore…huhu…hampeh.

  6. kak ina, elok buang tonsil tu kak. dulu kak ipar pun sakit tonsil jugak dan dia pensyarah. sebab selalu je selsema dan tonsil pun bengkak doc suruh buang takut mudarat kat peti suara dia. takut pun… akhirnya ikut nasihat doc, alhamdulillah sihat elok dah skrg. kesian akak, tak sihat pun kena jgk uruskan keluarga, isteri solehah kak ina ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s