Tepung Untuk Menggoreng


Akak ambil resepi ni kat http://resipidiana.blogspot.com/. Lain kali tak payah beli tepung kat luar..buat sendiri lagi bagus…dah kawin dengan orang johor kalau makan pisang/keledek/keladi goreng mesti nak kena makan dengan sambal kicap…akak buat satu tupperware kecil…pastu simpan dalam peti ais…nak makan ambil aje..

Bahan-bahannya

  • 75 gram tepung naik sendiri
  • 60 gram tepung beras
  • 1 camca besar tepung jagung
  • sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya (jika mahu)-tak letak
  • sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil – jangan terlalu banyak nanti pahit)
  • 130 ml air
  • 3 – 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)

Cara-caranya

1. Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Akak bancuh dengan whisk lagi senang rasanya.
2. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak.
3. Selepas bancuhan di perap untuk 10 – 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 – 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup walaupun telah sejuk.

Akak buat cendawan goreng pun guna adunan ni…


3 thoughts on “Tepung Untuk Menggoreng

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s