Onde-onde/buah melaka


Bila jalan-jalan kat rumah bro rozzan di http://rozzan.blogspot.com/ …chef fofolur dari singapore akak tertarik nak cuba buat onde-onde/buah melaka berasaskan ubi kayu..mula-mula hairan jugak kenapa beliau gunakan tepung ubi…selalunya akak buat pakai tepung pulut..tapi akak ikut jugak cara beliau….jadi pergi ke pasar tani cari ubi kayu..nasib baik jumpa…akan tak warnakan onde/buah melaka…warna original dari ubi kayu..akak c & p dari blog beliau…

Bahan-bahan

  • 500gm ubi kayu (di kupas kulit dan di cuci bersih lalu di rebus dengan sedikit garam sehingga empuk)
  • 240gm tepung ubi/sagu kanji (tapioca flour)
  • secukup gula melaka (kira-kira 200gm)- dipotong kecil-kecil
  • 250gm kelapa parut putih (dikukus sebentar dan di bubuh sedikit garam)
  • pewarna hijau/kuning atau apa-apa warna yang anda suka..akak tak letak pun
  • 50 gm air (sehingga menjadi doh)

Cara-cara

1) Ubi yg telah empuk dilecek hingga halus. Masukkan tepung sagu sedikit-sedikit sambil diuli hingga lembut dan sebati. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Ambil adunan dan buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda suka.

3) Kemudian ambil satu bebola dan leperkan. Isikan dgn sedikit potongan gula melaka lalu tutuplah semula sehingga menjadi bulat semula. Buat sehingga semua adunan selesai.

4) Didihkan air dalam periuk. Kemudian, masukkan bebola-bebola ini ke dalamnya dan biarkan sebentar sehingga ia ‘timbul’ ke permukaan air. Ini tandanya onde-onde ni dah masak. Angkat dan toskan lalu disalut/gaul dgn kelapa parut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s