Grilled tandoori chicken


Ambil resepi dari rumah rincchan lagi…buat masa hari ahad sebelum gi main aising…akak perap lama…kerjakan ayam ni dari pagi…dalam pukul 10.00 pagi barulah di panggang dalam oven..akak tambahkan sikit paprika tu..pasal nak warna merah kasi clear sikit…makanan sehat ni..sesuai untuk orang diet..kalau makan dengan roti nan…aduss sedapnya…

Bahan-bahan:

  • 500gm ayam, dipotong dan dibuang kulitnya(akak tak buang pun)
  • 3 sudu besar jus lemon-akak guna jus limau kasturi aje
  • 1 1/2 camca teh garam
  • 1/4 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 cawan plain yogurt
  • 3 biji bawang putih, ditumbuk
  • 1 inci halia, ditumbuk
  • 1 1/4 camca teh serbuk ketumbar
  • 3/4 camca teh serbuk jintan putih
  • 1/2 camca teh serbuk cili/paprika-akak tambah ke 2 camca besar
  • 1 biji cili merah, ditumbuk
  • minyak masak utk percikan

Cara-cara:

1. Ayam dikelar-kelar atau dicucuk-cucuk supaya bahan perapan boleh meresap
dengan sempurna.
2. Dalam satu mangkuk besar campurkan jus lemon, garam dan serbuk kunyit.
Gaulkan ayam di dalam mangkuk itu dan perap selama 10min – 15min.(akak perap dekat 2 jam)
3. Di dalam mangkuk yg lain, campurkan pula yogurt, bawang putih, halia, cili dan
semua serbuk-serbuk rempah.
4. Gaulkan ayam yg telah diperap sebentar tadi dgn campuran yogurt ini pula.
Perap lagi selama 1/2 jam.
5. Bakar ayam di dalam oven pada suhu 200 darj cel. Sesekali percikkan minyak
masak utk mengelak dari kering. Gunakan serai utk memercik minyak mcm orang
bakar satay…

One thought on “Grilled tandoori chicken

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s