Belajar main aising..

Semalam akak pergi ke bandar baru bangi bersama anak lelaki akak yang nak masuk balik ke kolej di sana…mula-mula dia nak pergi ke kolej dia pada hari sabtu…jadi akak ingat akak tak dapatlah join kelas bc ni…hati berkobar-kobar nak pergi..pasal kelas ni free…kalau yang bayar tu kena beratus RM…..bila .member dah sanggup nak bagi tunjuk ajar..

..entah macamana dia pergi pulak hari ahad..jadi dapatlah akak join kelas bc ni…dah memang rezeki akak nak jumpa member-member my resepi ni….pagi-pagi sibuk bersilat kat dapur..dari sarapan hinggalah masak untuk makan tengahari dan alhamdulliah sempat buat apam senyum.nanti akak tepek resepi….

apam senyum yg akak bawak ke rumah umi e

Tuan rumah dah siapkan makanan tengahari…akak peserta yang paling lambat sampai…tq umi e bersusah payah menyiapkan makan tengahari…si niza dan member dia tak ada pulak masa makan tengahari ni…


sessi makan tengahari…tuan rumah umi e, akak, kakyu dan lily

bee dan kak intan…si nieza dan member dia taklah akak ambil gambar…

ayam masak merah dari ham, sayur umi e yang masak

kari ayam di sediakan oleh tuan rumah dan ikan masin ..sambal belacan tak msk pulak dalam gambar….sambal goreng di bawa oleh nieza…

apasallah si ham ni tersenyum simpul..

lily dan tun bersama anak lelaki yang very very polite…..

lepas mak-mak dara makan barulah anak-anak makan….tak aci kan macam ni…macammana mereka nak makan…ashik nak main ps 2 aje kat rumah umi e ni…tu pun kena panggil suruh makan…

lepas makan berangan pulak nak pukul alat pancaragam ni…ala eksyen aje..bukannya mereka tahu main pun…imran anak akak..hasyim anak bee, imran anak kakyu (eheh..betul ke)
dan adam yang sibuk nak ponting…

lily bawak cc yang comel lote…sedekah nak bagi kami kerjakan..tapi akak tak sempat nak buat…

yang ni bee yang bawa

mula-mula campurkan warna dulu ye …sifu lily tengah nak bubuh warna kat bc…dia siap bawak kek pisang bercoklat…dan lagi satu kek apa ye….lupa pulak nak tanya si lily semalam..

lepas di ajar pulak teknik nak melepa kek

dan cara nak pakai sikat kek untuk buat garisan ni…mcm kakyu kata…kalau tak ada benda tu ..guna sikat rambut pun boleh..mcm-mcmlah si kakyu ni…bila dia ada …memang riuh rendah di buatnya…ashik nak gelak aje…nasib baik dia tak ajak buat tarian poco-poco

bermula sessi macammana nak buat bunga ros…si ana yang tengah buat…

sifu bee yang dah belajar buat ros…dia ni rajin gi kelas…nasib baik masa ni nuha tak meragam..dia buat laju…kami yang terkial-kial…

tak perasan si kakyu ni tak pakai cermin mata….pakai contact lens ke dia ni…
punyalah excited dia nak buat rose..apasal kak intan senyum..ni mesti si kakyu buat lawak..

bersungguh-sungguh kak intan buat bunga ros ni..tahun depan bolehlah ambil tempahan ye kak intan..peserta paling senior….dianugerahkan pelajar terbaik semalam…nasib baik tak ada sijil kan kak intan..kalau idak mesti kak intan dah kena fremkan…maaf aaaaa…gurau aje tau..

peserta paling muda…berkobar-kobar si tun ni nak belajar…akhirnya di anugerahkan pelajar cemerlang oleh sifu lily, umi e dan bee..daripada blurrrrr pasal deco memdeco ni dia dah pandai..tajamkan skill lepas ni ye tun….pastu kumpul tool baking banyak-banyak…

nilah hasil kerja mereka yang balik sampai pukul 6.00…akak dalam pukul 3.00 petang dah cabut..pasal nak pergi ke rawang…nak lawat anak dara kecik akak…ralat jugak tinggalkan kelas separuh jalan…tapi nak buat camna…apa-apa pun akak ucap terima kasih pada tuan rumah, lily, dan bee yang sudi meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar kepada kami yang blurrrrrrr pasal asing dan deco mendeco ni…

hasil kerja member-member…

bunga ros yang sedang berkembang…

cupcakes…yang berwarna warni

peserta yang dapat habiskan kursus sehingga ke akhirnya..tapi tak ada sijil….dari kiri umi-e, ana, tun, kakyu, lily dan kak intan…senyum meleret hingga ke telinga..

hasil kerja member-member…tersenyum simpul dpt menghabiskan kursus singkat ni.

macam biasalah…. dia ni mengada-gada…

Sampai kat rawang dah pukul 4.00 lebih…si imran dah kelaparan…akak pulak lupa bawak pinggan…terpaksalah makan atas bekas penutup tu…ira pun kena makan atas tu jugak..dalam pukul 6.00 bergerak balik ke rumah…penatnya…tapi berbaloi…

9 thoughts on “Belajar main aising..

  1. Salam kenal,lompat dari blog kak sya..tengok apam tu..aduhaii rindunya nak makan..anak2 abah semuanya suka kuih tu..dah setahun lebih mereka tak merasa..semenjak kami dok sini..Julai nanti nak makan puas2 kuih2 tradisi ni..:-)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s