Puding Karamel Tanpa Telur

Nak tergelak pun ada bila baca resepi puding karamel tanpa telur dari firasyira dari my resepi……tang karamel tu yang buat akak tak confident. Lelama akak buat karamel ikut resepi yang biasa akak buat..kelakar baca resepi dia…akak editlah sikit-sikit…tak apalah firasyira..mungkin kamu confuse kot..

Bahan-bahan A

  • 70gm gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam

Sediakan karamel :

1. Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.
2. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam.
3. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

Bahan B

  • 1 bungkus agar-agar serbuk
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 senduk gula

Bahan C

  • 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu vanilla
  • (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara

  1. Hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak…biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..(yang ini akak tak ikut)
  2. Dalam periuk didihkan bahan B.
  3. Kecilkan api kemudian masukkan bahan C.
  4. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  5. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

Akak suruh yana masukkan bekas kecil-kecil ni..senang nak bawak balik ke kolej..dan nak bagi si ira kat asrama.

5 thoughts on “Puding Karamel Tanpa Telur

  1. salam kak ina..best la kak ina bg resepi buat puding karamel tanpa telur..saya duk cari2 selama nie sbb tak suka makan puding yg rasa telur..huhuhu… boleh cuba nie nanti..hikss

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s