Capati oh Capati


Bila adik ipar akak balik berpantang kat perak…akak suruh adik akak belikan tepung capati kat sana..yang timbang pakai kilo…memang adik ipar ni ada kacukan pakistan..family mereka kalau beli tepung ni kat kedai timbang kilo…tak beli kat giant ke….tesco ke….katanya tak berapa sedap…..jadi tang buat capati ni memanglah dia terror…kalau dia buat…cantik aje dia canai bulat…tak macam akak…jadi senget benget….tak kisahlah tu kan…janji kenyang…

akak taklah buat sekilo…banyak tu…akak buat 750gm aje..tapi nak senang bagi resepi akak tulis untuk sekilo…anak-anak tak nak makan dengan kuah kari..mereka nak makan dengan sambal sardin…jadi tertunailah hasrat di hati anak-anak akak nak makan capati…

Bahan-bahan

  • 1 kg tepung capati
  • 1 cawan minyak sapi/minyak masak/mentega cair (akak buat 1/2 cawan mentega cair dan 1/2 cawan minyak masak)
  • sedikit garam
  • air secukupnya sehingga menjadi doh.(seeloknya air masak)

Cara-caranya

1. Ayak tepung capati. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Masukkan minyak masak/minyak sapi/mentega cair ke dalam tepung tadi.
3. Masukkan pula air sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.
4. Uli doh sehingga kenyal selama 10-15 minit.

5. Bahagikan adunan sehingga menjadi bebola kecil (suka hatilah nak saiz macammana) dan tutup dengan tuala dapur yang telah dibasahkan. Perap sebentar.
6.Ambil satu bebola dan canai adunan senipis yang boleh ( kalau melekat taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai) dan masak di atas kuali tak melekat.


7. Dengan menggunakan api yang perlahan, masak di atas api sehingga ia menggelembung dan perang kemudian balikkan lagi sebelah. Tunggu sehingga ia masak.

8. Bila dah masak bolehlah di hidangkan. Sedap di makan panas-panas..kalau buat banyak lepas masak hendaklah di tutup dengan tuala bersih.
9. Makanlah dengan apa-apa pun samada dalca, sambal sardin,kuah kari daging/ayam ataupun keema daging.

9 thoughts on “Capati oh Capati

  1. betul tu kak ina, tepung chapati ni kalo beli yg dalam pek memang tak sedap, saya pun kalo balik kg di Perak pun beli yg timbang, tepungnya lebih putih dan kalo masak lembut sampai esok hari…

  2. salam lupekanje..buat jangan tak buat..sedap dimakan panas-panas..salam cik linn..alahai keciannya dia tak tahu ada tepung capati..tak apa dah tahu bolehlah try buat..salam noorma..kenapa pulak tpg capati kg ni banyak kat kg di perak ..hairanlah pulak..salam noorsha..akak memang jarang makan kat kedai mamak..entah kenapa..tak tahulah pulak..salam inahar..dah dpt gambar tu kan..renunglah daku jika kau rindu..haaaahaaaha…e mail akak pun kamu dah dapat..lain kali bolehlah ber email pulak..

  3. salam reenaz..ala kat malaysia skrg one nation for malaysia..jadi makanan benggali dah jadi makanan melayu..salam kujie..alahai makan lempeng..jarang buatlah..anak-anak tak sukalah pulak..yang suka cuma somi akak aje..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s