Ikan Keli Berlado Hijao


Masak lagi ikan keli..tapi kali ni guna cili hijaulah pulak…kalau sape nak tambah cili api pun boleh..kat rumah akak tak tahanlah cili api bebanyak..nanti ada pulak yang ke jamban selalu…

Bahan-bahan

  • 1 kilo ikan keli
  • 15-20 biji cili hijau (sape nak tambah cili api pun boleh)
  • 8 biji bawang merah
  • 4 biji bawan putih
  • 1-1 1/2 sudu makan jus limau
  • sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk*
  • 1 batang serai*
  • sedikit halia*
  • 2 biji bawang putih*
  • garam dan minyak secukupnya

Cara-cara

1. Bersihkan ikan keli dan perap dengan air limau kasturi/asam jawa sebentar.
2. Bilas dan toskan. Kisar/tumbuk serai, kunyit hidup/kunyit serbuk, halia dan bawang putih.

3. Masukkan ke dalam ikan dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
4. Goreng dalam minyak yang banyak. Kalau tak nak meletup-letup letak asam keping 2-3 biji.

5. Cili hijau di buang biji dan di rebus sebentar. Toskan.

6. Goreng bawang kecil dan bawang putih. Toskan.

7. Tumbuk/ kisar cili hijau tadi. Bawang kecil dan bawang putih seeloknya di tumbuk kasar.
8. Tumis cili hijau dan bawang tadi sehingga garing.

9. Masukkan garam dan ikan yang telah di goreng tadi.
10.Masukkan jus limau kasturi dan tutup api.
11. Rasa dulu barulah di hidangkan.

7 thoughts on “Ikan Keli Berlado Hijao

  1. salam ppb_ppkp..alahai susahnya nama..apa pasal tak boleh msk rumah kamu…tq singgah kat umah akak..salam momguess..memang sedap di makan bersama-sama nasi panas…salam lindafendi..org dulu-dulu memang suka makan ikan keli ni..salam aNIe..ala buat ajelah masakan ikan keli ni..biar si ude lepaskan gian..takut kempunan nanti..salam cik linn…memang sodap…salam datin el..klu dah ashik ke tandas aje..boleh pengsan tau..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s