Terjebak lagi dan sotong masak paprik


Kadang kala tak ada mood nak masak…ashik nak melepak depan pc aje…pasal terjebak lagi dengan cerita korea…cerita ni memang meleweh…lambat sangat plot dia…kalau orang yang tak ada masa…… tak payahlah tenguk….episod sampai 65….memang lebam di buatnya..tapi dah terjebak tak boleh buat apa…kenalah habiskan..baru sampai episod 33…..itu pun akak skip…yang mana tak best…lagi pun kalau rajin baru tenguk…

…..jadi bila nak masak cari resepi yang senang dan mudah dan cepat di makan…
masak sotong paprik memang lah mcm kacang goreng…tumis itu ini…masuk itu ini dah siap…memang sedap di makan panas-panas..

Resepi asal dari dapur mak lang kerteh tapi akak c & p dari dapur ummi di kuantan…kat rumah dia banyak betul resepi yang sedap-sedap…nak senang pun ada ..nak yang payah pun ada..akak gunakan sotong ….

Bahan:-
  • 1/2 kilo sotong basah
  • bunga kobis
  • 1 batang carrot – hiris bulat berbunga(akak hiris memanjang)
  • 1 labu bawang besar – dipotong memanjang
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 biji lada merah – dihiris
  • 10 biji cili padi – diketuk
  • 3 cm halia – dihiris halus
  • 3 batang serai – dihiris nipis dan menyerong
  • 2 s/b sos cili
  • 2 s/b sos tomato
  • 2 s./b sos tiram
  • sedikit gula-akak tak letak
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 3 helai daun limau purut

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Apabila sudah naik bau, masukkan serai dan cili padi.
  3. Masukkan sos-sos.
  4. Masukkan sotong dan udang. Gaulkan rata dan biarkan separuh masak.
  5. Masukkan sayuran dan daun limau purut yang telah disiat bersama garam. Kacau rata.
  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama nasi. Makan panas-panas lagi sedap.

3 thoughts on “Terjebak lagi dan sotong masak paprik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s