Nasi Lemak Kukus

Punyalah semangat nak buat nasi lemak kukus ni…pukul 5.30 pagi tadi akak dah masuk ke dapur…rendam beras…potong cili…potong bawang….daripada dulu lagi nak cuba buat nasi lemak kukus ni..tapi takut tak jadi…lepas pergi tenguk rumah member cyber aNIe dan jumpa pulak resepi nasi kat rumah member cyber akak pun beranikan diri buat nasi ni…

Syukur…alhamdulliah…tertunailah hasrat di hati akak nak makan nasi lemak kukus buatan sendiri…tapi nak buat ni kena banyak vitamin R…banyak kerja sikit…dan makan masa yang agak lama…bila suami nak minum pukul 9.00 pagi pun belum siap kukus nasi ni…pasal rendam beras aje nak dekat 2 jam…tak apalah janji puas hati dan berbaloi ……..

masih dalam loyang..nak kukus balik lepas letak santan

Bahan-bahan:

  • 5 cawan beras ( atau secukupnya )
  • Santan pekat ~ secukupnya
  • 3 helai daun pandan-disiat-siat
  • Garam secukup rasa
  • daun pisang


Cara-caranya

1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Didihkan air dalam pengukus. Akak lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus…jangan besar sangat..nanti beras keluarlah pulak. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
3. Keluarkan beras dari pengukus (tak payah keluarkan daun pisang..keluarkan beras aje tau) dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk.

4. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit.
5. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam.
6. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.

7. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit.

** Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak sekata.

Nasi lemak tak ada sambal tak best kan…akak buat sambal udang campur petai….

bahan sampingan…ikan bilis goreng

telur rebus

5 thoughts on “Nasi Lemak Kukus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s