Lala Masak Lemak


Dah lama tak masak lala…teringinlah pulak…masakan orang N9 memang tak guna bawang putih atau bawang merah..akak memang dah biasa masak mcm tu…kalau ada yang nak masukkan ..terpulanglah…

Bahan-bahan

  • 1 kilo lala
  • 10-15 butir cili padi-kalau nak pedas..tambah lagi
  • 2 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • sedikit kunyit serbuk
  • 1 1/2-2 cawan santan-terpulang nak pekat ataupun cair..akak beli santan pekat pastu campur dengan air-jgn pekat..jgn cair-sedang-sedang aje..
  • 1 asam keping
  • garam secukupnya

Cara-cara

1. Rendam lala selama 1/2 jam dengan air garam sehingga keluar segala lumpur.
2. Pilih satu persatu…kadang kala ada yang isi dia cuma lumpur..nanti masak keluar pulak lumpur tu. Lepas tu basuh balik dan toskan.

3. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup, halia, kunyit serbuk dan sedikit garam. Titikan serai sekali.
4. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan renih bersama lala tadi sebentar.

5. Barulah masukkan santan dan kacau sebati dan biarkan dia menggelegak.

6. Masukkan asam keping, garam dan daun kunyit yang telah disiat.

7. Tunggu sebentar dan rasa garam barulah di tutup api.

8. Hidangkan bersama nasi dan telur masin ataupun ikan masin.

One thought on “Lala Masak Lemak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s