Roti Nasi Inti Kacang Merah


Orang lain dah lama cuba buat roti ni..akak barulah teringin nak buat minggu lepas..buat untuk makan petang. Resepi asal dari rumah ros@onigiri di Jepun.. di http://damiacyan.multiply.com/ tapi akak c & p dari rumah hana juga di jepun..terima kasih ye ros@onigiri kerana sudi bagi resepi roti yang sedap ni..ros ni ada jugak datang rumah akak…tapi bila akak gi umah dia susahlah nak tinggalkan pesanan..apa macam ros..bubuhlah shoutbox tu..senang nak menyapa nanti…

Bahan-bahan

  • 80 gram nasi putih
  • 100 ml air
  • 250 gram tepung roti
  • 60 ml susu segar
  • 4 gram dry yeast
  • 2 sudu besar gula
  • 20 gram butter atau marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • pes kacang merah (suka hatilah nak letak inti apa pun)

Cara-cara

  1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
  3. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  4. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.

Akak bahagikan kepada doh kecil dalam 40gm dan masukkan pes kacang merah naikkan sekali ganda dan selepas tu ikut step no 6.

5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan
6. Setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.(hana bakar suhu 180-23minit)keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
7. Sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s