Karipap Inti Kentang


Buat karipap biasa aje…bila dah anak dara tak ada kat rumah..malaslah pulak nak buat karipap pusing..lambat nak mengentel…karipap ni nak buat bila vitamin R banyak baru boleh buat..
selalunya akak buat dalam sekilo tepung..pastu frozenkan…bila teringat nak makan barulah di goreng. senangkan macam tu…akak tak bagi resepi yang tepat tang air tu..janji boleh jadi doh barulah di perap selama 1 jam.

Bahan-bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak masak/minyak sayur
  • 1/2 cawan marjerin
  • garam secukupnya
  • air masak secukupnya…masa akak buat tu akak guna lebihkurang 2 cawan air dan tambah sedikit lagi sampai doh tak lekat di tangan.

Cara-caranya

1. Panaskan marjerin dan minyak masak sehingga mendidih.
2. Tuang ke dalam tepung dan kacau dengan senduk/sudu. Jangan guna tangan nanti tangan tu tercedera kena minyak panas.
3. Setelah itu baru dimasukkan air sedikit demi sedikit.
4. Setelah jadi doh diuli sebentar dan barulah di perap 1/2-1 jam.
5. Lepas tu buatlah macam biasa.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Bahan-bahan untuk inti

  • 6 biji ubi kentang (di potong kiub atau di parut kasar)
  • 2 biji bawang besar (dipotong halus)
  • 4 biji bawang putih (di tumbuk)
  • 6 biji bawang merah (di tumbuk)
  • 1/2 inci halia(ditumbuk)
  • 4 sudu makan kari ayam (kalau nak pedas..tambah lagi)
  • 1 tangkai daun kari
  • 200 gram ayam/daging di potong kecil(kalau nak tambah pun boleh..lagi sedap)
  • minyak dan garam secukup rasa
  • kiub ayam (optional)/air secukupnya


Cara-cara

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah yang telah ditumbuk. Masukkan juga daun kari.
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air..biarkan hingga naik minyak..masukkan pula ayam/daging. Masukkan garam.
3. Masukkan ubi kentang dan bawang besar dan tambah 1-1 1/2 cawan air.
4. Masukkan kiub ayam maggi dan masak sehingga ubi kentang empuk dengan api yang perlahan. (jika kentang belum empuk, masukkan lagi sedikit air)
5. Biarkan sejuk sebelum di gunakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s