kisah ubi kayu


Hari Sabtu akak dan suami pergi ke chow kit road..macam biasalah bila pergi ke sini kami beli makjun di kedai ubat yang biasa kami pergi…dalam perjalanan nak balik tu…lalu kat tepi pasar..
kebetulan ternampak gerai kat tepi jalan jual bermacam ubi termasuk ubi kayu..

ina…belilah ubi kat situ..dah lama tak makan ubi…kalau goreng pun sedap ni…dah lama tak makan ubi…

ala..tak payahlah beli…tenguk macam ubi dah lama..nanti kan tak empuk..tak berbaloi beli… tenguk kat kulit dia macam dah kering aje..mesti dah lama..pastu orang indon yang jual… esok ina pergi kat pasar pagi kat greenwood ..ina beli ye..

ala..kat sini murah…baru berapa sen sekilo?

sen…mana dapat cik abang oiiii…sekarang ni dah RM1.50-RM1.80 sekilo tau?

ha…tak percayalah…dulu-dulu baru 0.50-0.80 sen sekilo…

la..tak percaya..esok pagi jom ikut ina pergi pasar pagi..nanti baru abang percaya…kenapa balik kampung hari tu tak korek ubi kat rumah ayah (fil)

ala…orang kampung dah tak doyan nak tanam dan makan ubi…nanti bila abang balik..abang nak tanam ubi..bukan susah pun tanam ubi ni…potong-potong batang dia …lepas tu cucuk..tak pun nak suruh ayah abang tanam….

larat ke abang nak tanam pokok ubi tu…ayah abang pun dah malas nak bercucuk tanam…

nanti tenguklah…bila balik kampung ..abang tanam…dah ada isi..abang korek pastu bolehlah bawak balik ubi tu .. jual kat kl ni.lepas minyak dan tol…..

iyelah tu

…akak dah tahu..takkan dia nak tanam…balik kg pun bukan duduk rumah..ashik berjalan rumah abanglah..rumah adiklah..kalau balik dah hari sabtu…. dan hari ahad dah balik semula ke kl…bilalah masa dia nak tanam…akak gelak dalam hati aje…

besoknya hari ahad..akak ke pasar di greenwood dan akak belilah 3 tongkol ubi kayu….takut nanti dia kempunanlah pulak…
berapa RM ina beli ubi kayu tu…

3 tongkol ni dah nak dekat RM2.00 tau…ina ajak pergi..tak nak pulak..

sebelum gi sekolah ira nak suruh ina gorengkan ke tidak? nanti balik dari rumah orang kawin ina goreng…

tak payahlah…biar abang buat…

akak dan russhdi gilah ke rawang nak jumpa ira dan bawa makanan ….hujan lebat pulak tu…
lepas lepak kat sana..bila balik ke rumah…dah siap dah ubi goreng tu…

aiiii..dah siap…goreng berapa tongkol…

goreng 2 tongkol aje…

empuk tak?

empuk…

bila makan…..dalam hati kat eh..ehh sedap pulak cik abang ni goreng…pastu makan pulak dengan sambal kicap….

sedaplah…abang bubuh apa?

tak boleh bagi tau..rahsia….

ala macamlah ina ni tak tahu nak goreng ubi ni…

seronok jugak bila suami nak ke dapur ni….jarang benar suami akak nak ke dapur ….

11 thoughts on “kisah ubi kayu

  1. Anie kalau ubi kayu selalu rebus aje…makan dengan sambal goreng atau sambal tumis ikan bilis…sedapnya…Tapi mertua suka makan dengan kelapa & gula…

  2. kak ina!!!sye suke sgt ubi kayu rebus ke goreng ke!!!adoi la..sgt2 suke..tapi x penah pulak beli ubi tu..slalu beli yg dah siap goreng,dah siap masak dh..kahhh..sungguh malas!!hehehe…bagusnyer asben kak ina nak masuk dapur…sgt2 membantu kan???tu la kak..org lelaki ni..kalau skali2 masuk dapur..sedap pulak masakan dorang yerk…huhuh…lain kali leh suruh masak lagi!!ngeh3

  3. g k.ina..hubby nak masuk gak kedapur..kalau CM..nak mintak buat kan ct maggi pun dia x moh hehehe nnt saham dia jatuh dia cakap. sabor jer lah kan hahahahatapi makan ubi ni mesti nak terkentut2 lah..macam alah lak ngan ubi ni hehehe

  4. kalau family umie dulu2 buat rebus je ubi katu nie cicah ngan kelapa parut+gula…makan panas2 + Kopi O di waktu hujan mmg licin…heheheseronok kan kak bile sesekali sang suami turun dapur..hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s