Kerja Kawin Lagi

Hari Sabtu akak gi ke subang 2…tak pernah gi lagi ke rumah saudara yang ni…arwah ayah pengantin perempuan (yang akak panggil pak long kamar) sepupu dengan abah akak…

Oleh sebab mak dia ni isteri ke 2 arwah..akak tak berapa kenal…pernah jumpa sekali-sekali..tapi tak pernah bertegur sapa…akak lebih kenal dengan isteri arwah yang pertama yang akak panggil mak long dara.

Kesian dengan pengantin perempuan…ayah dia (pak long akak) baru meninggal dunia bulan lepas sebab sakit jantung..ni anak yang pertama dari isteri ke 2 yang kawin…arwah pak long akak ni sebelum meninggal sempat belikan semua untuk anak dari isteri pertama sepasang baju…suruh tempah dan pakai masa majlis perkawinan ni…

tapi kita merancang ..allah swt yang menentukan…beliau pergi sebelum majlis perkawinan anak dia…yang bagusnya semua anak menantu dan cucu-cucu arwah dari isteri pertama turut bertungkus lumus membantu menjayakan majlis perkawinan ni…walaupun isteri pertama arwah tak hadir…kalau nak di ikutkan tak elok buat majlis ni pasal tak cukup lagi 100 hari arwah meninggal…tapi nak buat macam mana..kad telah diedarkan….orang kata hidup mesti diteruskan.

akak tengah berbual dengan anak kedua isteri pertama arwah…akak panggil ami…dulu mereka sekeluarga duduk kat kg puah jugak sebelum arwah beli rumah di sg way…ni kira rakan permainan masa kami kecil dulu…..anak akak yang ambil gambar ni…entah apa yang akak pot pet..pot pet……bila balik dari rumah orang kawin ni..hujan lebatlah pulak..tapi masuk aje ke mrr 2 tak hujan..panas terik pulak kat rumah akak…..alfatihah untuk arwah pak long….akhirnya tertunailah hasrat hati arwah nak terima menantu pertama..

4 thoughts on “Kerja Kawin Lagi

  1. Al Fatihah utk arwah.. orang dulu2 adik beradik tiri senang berbaik.. org skrg bukan setakat mak bapak.. anak2 pun sama. Bukan cakap orang.. sya pun sama gak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s