Kueh Ketayap aka Kueh Gulung


Dah buat kueh kueh ketayap aka kueh gulung ni minggu lepas..tapi baru nak masukkan kat sini..ni gara-gara tertarik tenguk kat rumah nur qusais di Dubai yang buat kueh ni..katanya dia ambil resepi dari rumah puan hanieliza..akak c & p aje resepi dari rumah dia.


Bahan inti

  • 150 gm gula merah
  • 3 s/b gula biasa
  • 1/2 cawan air kelapa muda {jika ada}
  • ½ biji kelapa parut muda

Cara Memasak

1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.

Bahan Kulit [batter]

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air jus pandan
  • [mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
  • 1/2 cawan santan/susu segar
  • 1 biji telur
  • beberapa titik pewarna hijau
  • secubit garam

Cara memasak

1. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
2. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
3. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
4. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
5. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
6. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
7. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

6 thoughts on “Kueh Ketayap aka Kueh Gulung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s