Ayam Masak Merah Ala Kenduri


Bila masuk kat rumah ummi di kuantan http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com macam-macam resepi yang dia dah cuba…resepi ni asal dari mrs.shieza@MYR . Anak yang suruh cuba masak ayam ni…akak makan dengan nasi biasa aje..tak buat pun nasi minyak..akak c & p aje dari rumah ummi…terima kasih ye ummi..


Bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan.
  • Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng separuh masak dan ketepikan)
  • 2 atau 3 senduk cili kisar yang telah dicampur dengan bawang merah dan bawang putih.
  • 1/2 botol sos tomato Aminah Hasan (akak guna sos kimball)

Bahan untuk tumis:-

  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk kasar)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit gula dan garam
  • 1 cawan air (untuk kuah)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • buah tomato/nenas (ikut suka)-akak letak buat tomato
  • sedikit daun bawang untuk hiasan
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:-

  1. Panaskan kuali dengan lebihan minyak menggoreng ayam tadi, tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Bila dah wangi, masukkan cili mesin tadi dan kacau. Masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biarkan cili naik minyak dan garing.
  3. Masukkan air dan kacau. Kalau suka kuah lebih oleh ditambah lagi air. Kacau sebentar.
  4. Masukkan sos tomato tadi dan kacau hingga pekat.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Bila dah pekat masukkan bawang besar yang dihiris dan ayam goreng tadi.
  7. Masukkan tomato atau nenas (ikut suka).
  8. Kacau hingga ayam sebati dengan kuah.
  9. Biarkan sedikit pekat dan bolehlah dihidang dan ditabur dengan daun bawang di atasnya.

One thought on “Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s