Nasi Goreng Ayam


Masa masak nasi ayam resepi ah mat gebu tu..akak saja masak lebih…nak buat goreng nasi pada hari esoknya..sekarang ni kat rumah ayam cukup seekor aje..itupun tak habis…anak dah berkurang 2 orang….

sedih tau bila berpisah dengan anak ni…nak baking dan masak pun dah tak mood…masak pun lebih kurang aje…anak dara 2 orang pulak yang tak ada..tak adalah pembantu nak tolong akak…yang tinggal 4 orang lelaki ..jadi nak cerita hal perempuan payah sikit..tulah pasal masa jumpa kawan-kawan mulut ni ashik pot=pet=pot=pet aje…nak lepaskan perasaan sedih…

Bahan-bahan

  • 4 cawan nasi ayam
  • 3 keping daging ayam dicarik-carik
  • 4 biji bawang putih di tumbuk
  • 3 biji bawang kecil di hiris halus
  • 2 1/2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh kicap manis
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya

Bahan sampingan

  • timun dihiris nipis
  • keropok ikan
  • kobis di hiris halus
  • sos cili
  • daun sup di hiris halus

Cara-caranya

1. Tumbuk bawang putih. Masukkan minyak dan tumis hirisan bawang kecil.
2. Masukkan bawang putih dan cili kisar. Biarkan naik minyak sambil di kacau selalu.
3. Masukkan ayam, kicap manis dan sos tiram.
4. Masukkan sedikit garam dan masukkan nasi ayam.

5. Goreng sampai semua bercampur dan rasakan garam.

6. Biarkan nasi garing sedikit dan barulah dihidangkan.
7. Makanlah dengan bahan sampingan…ehm…kenyang sampai ke petang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s