Ikan Temoleh Masak Gulai

Ikan temoleh ni banyak di temerloh pahang..oranglah kata…akak tak tahu betul ke idak?orang yang datang jual ikan kat rumah akak bawak ikan temoleh ni…Lupa pulak nak ambil gambar ikan belum masak…tak apalah…apek ni dah tunjukkan..

Kat sini ada jual ikan temoleh…yang dah siap masaklah….rasanya kalau tak silap dr inahar pernah makan kat sini…mahalkan dr ina..kalau anak makan anak beranak mesti habis beratus..tapi anak-anak tak suka pulak ikan sungai…selamatlah duit akak…..bila orang jual ikan datang bawak ikan temoleh ni …akak cuma beli RM15 sekilo…fikir-fikir nak masa apa ye…

Akhirnya masak lemak pekat cili padi…kalau masak tempoyak suami dan akak memang tak makan masak tempoyak ni..tapi akak tumis dulu baru masuk santan…dpt idea dari rumah jun..terima kasih ye jun..

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan temoleh-di bersihkan dan diperap dengan air limau kasturi bersama garam – bilas dan toskan.
  • 10-15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai di titik
  • 1 helai daun kunyit di siat-siat
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan santan cair
  • garam secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 sudu makan jus limau kasturi.

Cara Memasak

1. Tumbuk lumat atau kisar cili api bersama kunyit hidup dan halia. Serai dititik.
2. Panaskan minyak dan tumis serai dan masukkan bahan tumbuk/kisar dan kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan santan cair.
4. Kacau selalu dan biarkan mendidih baru dimasukkan santan pekat.
5. Kacau lagi dan biarkan mendidih baru dimasukkan ikan temoleh tadi.
6. Masukkan garam bersama daun kunyit dan gaul sebati dan perasa dulu garam dan biarkan 10 minit atau sehingga ikan masak.
7. Masukkan jus limau kasturi dan padamkan api.
8. Bolehlah dihidangkan.

Beli 3 ekor..2 di goreng selepas diperap dengan kunyit hidup, garam, halia, serai dan 1 biji bawang putih.

Kalaulah besar ni…taklah akak teringin nak makan ataupun masak…takutnya……..

11 thoughts on “Ikan Temoleh Masak Gulai

  1. ct memang x pandai masak ikan sungai ni k.ina..tapi kalau ada org yang masak sure bole masuk kot hahaha kalau ikan besor macam tu konpom ct lari lah dulu..kita ngan ikan tu,,dia lagi besor kan.harus kena telan gak ngan ikan tu kalau hidup kahkahkah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s