Pastry Puff


Ambil resepi cream puff ni dari rumah ah mat gebu di http://tiffinbiru.blogspot.com dan beliau ambil di buku “Irresistible Pastry” oleh Alex Goh…….makan cream puff ni tak cukup makan satu..tak kenyang…kena makan 5-6 biji barulah oleh sendawa…cik mat akak c & p aje..terima kasih bebanyak…

Bahan Cream Puff:-

  • 100 g mentega
  • 25o ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 150 g tepung gandum, diayak
  • 3 biji telur gred A

Bahan Pastry Cream🙂

  • 300 g susu segar (panaskan hingga suam)
  • 3 kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
  • 1 1/2 camca teh esen vanilla
  • 1 camca besar mentega

Cara membuatnya:-

  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
  2. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
  3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
  4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentul siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
  5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit dan boleh diisi dengan pastry cream…

UNTUK PASTRY CREAM :-

1. Satukan kuning telur dan gula, kacau dengan whisk hingga gula hancur, tuang sedikit susu suam, kacau cepat hingga bersatu, dan tuang lebihan susu suam dan kacau hingga rata.
2. Tuang bancuhan tadi dalam tepung dan kacau hingga sebati dan licin. Tuang dalam bekas tahan panas dan masak atas air mendidih (secara bain-marie) sambil terus mengacau hingga pekat.
3. Alihkan bekas, masukkan mentega dan esen vanila, kacau hingga semua sebati dan bersatu.
4. Masukkan pastry cream tadi dalam bekas bertutup dan tutup masa panas2 untuk mengelakkan pastry cream keras bahagian atasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s