Bibik Oh Bibik

akak geram betul bila baca cerita tentang bibik yang pukul orang kita…..tak kiralah orang cina atau orang melayu…akak geram jugak bila ada member-member ataupun jiran-jiran cerita tentang bibik ni…macam-macam hal…
Memanglah bukan semua bibik ni jahat…ada yang bernasib baik dapat bibik yang bertanggung jawab dan menjalankan tugas dengan baik….kerja sampai 3-4 tahun pun masih boleh tahan kerja dengan majikan yang sama..kisah ni akak nak ceritakan dari pengalaman akak aje ye..


Pernah ada saudara di kl nak pakai bibik…jadi dia suruh akak carikan agensi kat sana yang boleh supply bibik ni…hb tanya dengan driver kat office dia…satu hari driver ni datang ke apartment dan ambil akak bawak ke satu agensi pembantu rumah yang agak jauh jugak dari rumah akak….rasanya kat tanggarang kot…masih lagi dalam jakarta….kami naik van kijang dahlah jauh pastu jalan pulak macet ..nak dekat satu jam dalam kereta barulah kami sampai…akak ajak bibik sebagai teman….

bila sampai kat situ kami di jemput masuk oleh boss agensi tu..sebelum masuk ke situ..akak nampak ada satu rumah yang pagarnya cukup tinggi dan di kawal oleh 4-5 orang satpam(pengawal keselamatan) akak tanya dengan pak supir…

pak …itu rumah apa ?
rumah penampungan pembantu rumah tangga..
kok pagarnya tinggi bangat?
takut mereka lari….sebelum masuk ke situ wang udah diberi kepada keluarga mereka..jadi mereka ngak bisa keluar dari sini sampailah mereka di hantar ke negara yang perlukan mereka.

punyalah bising kat dalam tu…bila di tunjuk calon-calon pembantu rumah tangga tu..akak tenguk mcm org blurrr aje..kebanyakkan mereka cuma boleh baca sikit-sikit….yelah ..kat sana kalau orang susah jarang yang bersekolah..kalau bersekolah pun cuma sekolah dasar…..


kebanyakkan mereka yang nak kerja di oversea ni..tinggal di kampung…mereka memang orang susah….bak kata bibik akak…hari-hari lauknya tempe dan tahu ataupun ikan lele….pastu tempat tinggal mereka ada yang masih berlantaikan tanah…walaupun bukan semua…yang nak pergi oversea ni pun kena jugak cari wang nak bayar kat agensi…jadi terpaksalah mereka mengadaikan sawah ataupun tanah dengan harapan bila dah kerja di oversea nanti dapat kumpul duit dan boleh tebus tanah ataupun dapat buat rumah gede dan boleh menyenangkan orang tua mereka…kalau yang dah kawin pulak mereka nak anak mereka bersekolah dan dapat merasa hidup senang..tapi yang tak sedapnya ada jugak cerita yang suami mereka kawin lain bila isteri mereka bekerja di luar negara….bila suami mereka tak bekerja dan jaga anak di kampung..setiap bulan isteri hantar wang tapi suami beli sepeda(motosikal) dan cari bini baru…yelah mana boleh tahan…2 tahun kesepian…tidur malam sorang-sorang mana bestkan…dasar lelaki..bukan semua ye..selalunya bila bibik balik ke kampung mintak cerai dan datang sini cari lelaki malaysia…(bukan semua)tapi pakcik suami akak kawin dgn org indon ni…nak dia dgn pakcik yang dah nak jalan pun tak larat…janji dia ada suami di malaysia..kiranya macam gensi gitu…naik taraflah kiranya…

yang tak best tu…bila kerja kat sini … dah ada suami pun kata tak ada suami…mereka ikut suka aje duduk campur-campur lelaki dan perempuan…buktinya kat rumah akak ni…mereka sewa satu rumah pastu duduk ramai-ramai…

oleh sebab ada yang tak bersekolah ataupun cuma bersekolah sekolah dasar jadi mereka cuma boleh membaca sikit-sikit… .. sebab tulah bila sampai kat sini ada yang tak pandai pakai alatan elektrik..semua tu tak ada kat rumah mereka..mereka pun cuma pakai pelita aje bila dikampung…..tapi skrg ni dah okey kot..sebelum datang ke sini mereka di beri kursus…lagi satu mereka tak berapa suka ke malaysia ni pasal gaji sedikit…yang mana bersekolah sampai habis sekolah menengah kebanyakkannya bekerja kilang ataupun bekerja di negara timur tengah ataupun singapura…gaji kat sana kan mahal..

mungkin bila dah sampai kat sini mereka stress…ingatkan hutang dan angan-angan mereka nak jadi orang kaya tak kesampaian…tulah agaknya mereka naik hantu bila dapat majikan yang tak bayar gaji ataupun ashik di marahi sebab tak pandai buat kerja..rasanya orang melayu jarang aniaya org gaji ni…org cina yang selalu buli mereka. lagi satu kalau dah 2 tahun kerja tak ada hasil bila balik ke tempat mereka….mereka malu….dahlah hutang bertimbun…apa yang di angankan tak tercapai..

selepas akak tenguk akak tak berkenan…akak kata dengan saudara akak..carilah sendiri…kang apa-apa mereka salahkan akak pulak..pastu banyak prosedure yang kena akak settle ..semua tu pakai duit…kat pak imagrasi pun nak kena bagi jugak…

Adik akak dulu pernah jugak pakai bibik..pasal anak dia 6 orang jadi tak berbaloi nak hantar ke nursery….dulu masa mak isteri dia muda bolehlah jaga anak dia dari baby…datang lawat seminggu sekali…dah besar baru ambil bawa balik kat rumah…

bila mak mertua dia dah tak sehat…terpaksalah dia ambil bibik ni…masa ingat lagi bibik tu sampai pada pagi raya tahun 2003..kalau tak silap…punyalah baik ….tapi bila dah masuk ke tahun ke 2 dia mula buat perangai….ada ke patut dia suruh anak majikan cari uban kat rambut dia sambil tenguk sinetron…adik akak serba salah…nak hantar balik tempuh dia kerja nak cukup 2 tahun…jadi tahan ajelah tenguk perangai dia…mulut pun boleh tahan…

bila dah cukup 2 tahun…bibik pun di hantar balik … masa tulah baru dia sedar ada barang spt jamtangan dan barang kemas isteri dan anak dia hilang..tapi yang kecil seperti cincin dan subang..dalam bilik bibik tu jumpa mcm-mcm benda..termasuklah benda hitam..tulah sebabnya adik akak tak boleh buat apa dengan bibik dia..sejak tu dia dah serik dah nak ambil bibik..

masa akak duduk kat jakarta pun akak pakai bibik jugak…mula-mula akak aksyen tak mau…konon boleh buat sendiri kerja dalam rumah…bukannya besar sangat pun rumah tu ….apartment 3 bilik…tapi suami suruh ambil jugak…katanya senang nanti nak gi mana-mana boleh ajak bibik temankan…


mula-mula bibik sampai akak dan suami interview dia dulu….tenguk orangnya macam anak dara…rupanya dah ada anak satu…mula-mula dia mintak gaji yang agak tinggi jugak…nasib baik suami akak dah survey harga bibik dengan member office dia…lepas tu dia minta pulak duit tambang datang dan pergi …dia naik mikrolet…suami akak kata sorry….


kalau gitu…ngak usah kerja di sini … saya bisa cari orang lain…

entah macamana dia setuju pulak…..dan bermula sejarah dalam hidup akak pakai bibik…jadi akak bolehlah berlagak sekejap…tapi akak tak bagi tinggal kat rumah.mesti balik kerumah …..tak sukalah kalau ada orang asing dalam rumah..kalau nak diikutkan kat apartment memang dah disiapkan satu bilik untuk bibik….nun jauh di belakang pastu kecil..cukuplah untuk single bed dan bilik air yang berasingan dari tuan rumah…nampak sangat taraf bibik kat indon ni rendah sangat….akak pun ambil 3 x aje seminggu..duduk cuma 4 orang mana lah bersepah sangat rumah tu…


kat sana orang yang rumah gede dan kaya bibik dia sampai ada 3-4 orang…satu tukang masak…satu tukang kemas rumah..satu jaga anak saje dan mesti ada pak supir…kat sana gaji mereka lagi murah..bayangkan sebulan cuma RM100-150 sebulan..kat indonesia jurang antara yang kaya dan miskin memang besar….yang kaya…rumahnya gede….mobil banyak…kalau yang biasa tenguk di sinetron tu boleh bayangkan macammana besarnya dan cantiknya rumah mereka dan macammana mereka layan orang gaji mereka..

kat sana kalau orang susah jangan haraplah nak masuk mcm shopping complex di klcc…siang-siang di halau dek satpam..terutama kalau pergi ke tempat yang banyak org kaya shopping macam kat plaza indonesia tu….tak mcm kat sini…muka brengsek pun bisa masuk ke pavillion..

akak panggil dia nur aje…anak-anak panggil cik nur…kawin muda…suami kadang kerja…kadang tidak…anak dah seorang..masa mula datang tu anak dia baru 3 tahun aje rasanya…kecik lagi…

tapi akak tetap masak…akak kena ajar bibik ni macammana nak bersihkan sayur seperti sayur kangkung…dia main basuh aje selonggok mcm tu..tak di buangnya akar..pastu potong pakai pisau…mula-mula nak marah jugak……kalau basuh ikan pun mcm tu..main basuh aje…akak kena ajar bila masak nasi kena selawat 3x…basuh ikan pun mcm tu…siap dia kata
ya ibu…mama ngak ajarin sama saya kayak gini….
ngak apa-apa …kat sini ibu ajarin sama kamu….

hari pertama akak masak ….terpaksa ajar macam mana cara masakan orang kita..dia mana tahu nak masak..dia cuma masak yang simple aje ..katanya…

ya ibu…kangkong di masak begitu …enak ya…saya kalau di goreng cuma letak bawang hiris dan garam.ngak cukup wang mau di beli bilis…udah hari-hari makan tempe dan tahu aja..

alahai kesiannya…padahal akak cuma letak sedikit ikan bilis, belacan (terasi kat sana panggil)
bawang kecil dan bawang putih di tumbuk…

kalau kita nak buang minyak bekas goreng ikan dia nak ambil bawak balik….
ya ibu…sayang di buang….bagi sama saya aja…
ngak bisa nur…minyak ni udah kotor…ngak baik untuk kesihatan… nanti ibu bagi kamu yang baru aja…

hari pertama makan kat rumah akak…dia terpinga-pinga….dia kata akak masak banyak
sangat lauk….kebetulan masa tu masak sambal tumis udang…dia kata…

ya ibu…saya ngak ngerti mau makannya gi mana…udang pun saya jarang dapat makan..ini udangnya gede(besar) bangat….ibu masak banyak…

padahal akak masak sambal udang bersama sup sayur dan ikan goreng…lepas kami semua makan akak suruh dia makan pulak..takkanlah tak bagi makan…dia ambil makanan pun takut-takut..pastu duduk pulak kat tepi tong sampah…alahai…
nur…ngapain duduk di situ…duduk di sini aja..akak tunjukkan meja makan…
ngak bu…saya ngak pernah duduk di meja itu…

akak paksa dia makan kat meja makan ..sampai ke akhirnya barulah dia pandai nak bersihkan ikan, basuh beras dan siang sayur…jadi bila akak masak lebih ….akak akan bagi dia bawak balik sikit…terutama pada tahun ke 2 akak di sana..si athirah dah balik bersekolah di kuala lumpur..lauk banyak tak habis…

mula-mula masak daging dia kata…

ibu…saya makan daging setahun sekali aja..ngak mampu beli…mahal…..itupun dapat dari korban aidil adha..kena beratur dari pagi baru dapat..kadang-kadang berebut..

memang kat sana daging lembu mahal tapi daging kambing murah….bila akak buat kuih dia rajin tolong…akak suruh jugak dia bawak balik…itu tahun pertama..baik sangat si nur ni…rajin dan bila dah siap kerja akak suruh dia ajar siimran mengaji..kadang-kadang akak suruh dia bawak anak dia sekali…temankan si imran.


masuk tahun ke 2…dia mula buat perangai…dia akan call bagi tau yang dia tak dapat datang ..pasal anak dia demam…bila suami akak cakap dengan dia…boleh pulak dia datang…dengan suami akak dia takut sikit…dengan akak dia bolehlah makan..pasal akak ni tak tetap hati…cepat kesian dengan orang…

lepas tu ashik nak pinjam duit dulu…nanti dia suruh tolak gaji…buat kerja pun main-main..cuci tandas tak bersih…bila kita suruh panjat bukak langsir ataupun lap tingkap dia bagi mcm-mcm alasan.lagi satu kalau makan dah pandai pakai sudu dan garpu…..tension jugak dibuatnya…akak dah malas nak cakap…ada masalah aje akakbagi tau suami…

dia pun selalu nak balik awal…dulu-dulu balik pukul 4.00 petang…skrg ni pukul 2.30 dah pandai cabut…nak dibuang payah…pasal dialah temankan akak gi ke pasar setiap minggu…susah hati betul tenguk perangai dia…


bila nak balik ke sini…dia nak ikut balik…nak kerja dengan akak di kl…tak kuasa akak..perangai mcm tu…bila nak balik akak bagilah basikal imran…punya suka lah dia…pasal dia pernah nak pinjam duit dgn akak nak belikan anak dia basikal…lepas tu bayar bulan-bulan…tapi suami akak tak bagilah pulak…

sebelum balik akak introducelah dia pada satu family baru sampai dari malaysia…bila dah kerja dengan hamba allah tu dia complain penat…family tu ada 2 orang anak…se orang lelaki dan perempuan…lepas tu mak dia rajin pulak hantar gi kelas melukislah…kelas berenang…semua kelas tu belah petang..jadi bibik kena hantar dan tunggu sampai kelas habis…selalunya habis pukul 6.00 petang…lelama dia tak tahan dia berhenti kerja…tak tahulah kemanalah dia sekarang ni…

8 thoughts on “Bibik Oh Bibik

  1. Salamz…perkenalan.situasi begini memang selalu terjadi. Pengalaman saya dgn bibik ni memang faham sgt dgn kerenah mereka. sudah 5 org pembantu saya miliki. Macam2 perangai, diantara 5 org pembantu hanya 2 yg boleh bertahan. Yang lain kerja separuh jalan. Bukan mereka yg tak suka bekerja dengan saya tapi saya yg tak suka dengan cara mereka bekerja. Setiap pembantu disediakan jadual kerja. Dan wajib mengikut jadual yg ditetapkan. Kalau gagal im sorry boleh kerja tempat lain atau pulang ke indonesia. Ikhlas saya cakap kita harus berkeras dengan mereka bukan niat kita nak dera mereka tapi untuk mendisiplinkan mereka. Kalau kita gagal sure akan kena pijak kepala. Mula2 mereka enggan melakukan tugas dgn baik, memberi pelbagai alasan dan bermacam2 lagi. Sekali kita ikut rentak mereka pasti kali kedua akan berlaku lagi. Keadaan ini berlaku bila dah lama mereka bekerja dengan kita. Jgn bagi peluang. Kesilapan kali pertama harus ditegur supaya mereka tidak berani mengulanginya lagi. Kadang2 kesilapan berlaku dr pihak majikan juga terlalu manjakan bibik2 mereka. Kebanyakkan majikan menganggapnya sebagai ahli keluarga.Itu yg mereka besar kepala. Kita juga jgn terlalu menunjuk sikap yg terlalu mengharapkan mereka. Berbaloi ker kita bayar gaji mereka dengan hanya bekerja ala kadar saja? Sedangkan kita pun bekerja keras untuk membayar gaji mereka.Memang sifat kita org melayu lembut hati. Tapi sekali sekala kita harus berhati kering dgn mereka. Mereka harus bersyukur kerana ada juga majikan seperti kita menerima mereka untuk bekerja. Sekurang-kurangnya diri mereka ringan sikit dr menanggung kesusahan & kemiskinan. Sebagai majikan terapkan sikap bertanggungjwab. Memang dia org ni kita kena selalu motived. Kena nasihat dan selitkan peringatan dan amaran. hehehe..! jahatkan. tapi sekurang2nya kita puas hati dgn jumlah wang yg kita bayar dan bukan kerja free😀

  2. salam akak…banyak betui pengalaman akak ya…perangai bibik mmg susah dijangka…ade yg betui2 ikhlas keje ade yg mmg amik kesempatan atas keikhlasan tuan rumah…huhuhuuu…kite pon jenis lembut ati…

  3. Salam kak ina. Alahai 2-3 kali masuk sini tak dpt nak masuk chat box. Doc ina suruh along pakai firefox, dh buat tp nampak nya gantung lagi.Nasihat along sape2 yg nk hire org Indon ni kena byk sabo, kl tak boleh, baik jangan. Mmg standard diaorg camtu, tak leh le kita nak harap lebih2. Jadi tujuan nak amik bibik tu mesti sgt penting, kalau saje2 mmg tak berbaloi. Along so far, syukur lah sbb kebanyakan cukup tempoh kontrak 2 thn & ada yg sambung lagi. Along suka yg muda sbb dengar cakap wl pun tak pandai buat kerja. Selepas di asuh, pandai juga lah buat kerja. Kalau yg tua2 tu susah ler nak asuh. My sister, suka yg tua sbb jeles dgn hb tapi dah 4 org, masih tak ngam sbb ada yg malas lah, tak jaga ank lah, dera anak pun ada (kantoi ada hidden recorder). Skrg ni along dah tak amik maid sbb anak2 dh besar & sorang dh g kolej.

  4. salam kak ina…asyik pulak saya baca kisah pengalaman akak ngan bibik akak tu…heheheMcm sepupu saya punye maid pulak sgt baik sampaikan anak cousin saya tak bagi dia balik indon… dia keje since dia anak dara lagi…skrg dah bertunang & bila dah kawin nak balik indon le tp tu le anak cousin siap merajuk2 tak bg dia kawin…hehehe

  5. salam kak ina…wah panjangnya kisah maid akak. mmm ila skrg say no to maid. huhu…ila ni baik ngan sorang agen bibik indon. hr tu ada laa pinjam bibik dr dia. wah bibik tu mai umh ila….ILA YG JADI BIBIK DIA JD MAJIKANNYA!! mmm apa ke halnya ler!! siap ngajar2 plak tu… akak agen bibik tu pun selalu dok tepon ngadu prob psl bibik dia!! mmm ada yg bwk bungkusan tanah kubur pun ada!! huhuhu…. jadinya nak ada bibik ni mmg kena tawakkal ler…solat hajat byk2 dulu then br decide. yer laa kita kan tak kenal dia… jd hanya dgn cara tu je laa yg leh kita usahakan. huhuhu..wokeh roger dolu!!

  6. salam Kak Ina,maid GH yg kedua ni datang cuma bawak sehelai baju dalam & 3 helai seluar dalam,baju lusuh2 & buruk2. nampak baik. GH pun belikan la dia baju t-shirt lengan pjg 4 helai, tudung 4 helai, seluar pjg 2 helai, baju dalam 6 helai (walaupun beli kt giant je) seluar dalam lebih dari 10 helai x ingat berapa. keje 3 bulan dah nk raya, mintak la kita hantar duit kt kampung sebab laki dia x keje, anak2 nak mkn, GH hantar 2juta rupiah 2 minggu sebelum raya.Dia wat keje x leh ditegur, apa yg kita ajar dia x ikot,hari2 dok bergayut call laki kt indon,mintak belikan topup belum habis bulan lagi. hp dia mmg la kredit cepat habis, hp yg kita bagi ni pun dia libas gak kreditnya. bila kita kata jangan on hp, sebulan sekali baru on hp, dia melalak kata "aku ni nak ngebel laki aku kak, laki aku tu ngak kerja,aku mau suruh dia pergi kerja" nak kene la call hari2?sakit hati GH tapi malas nk tego. Keje 6 bulan je dia dah lari…dia ada kwn2 yang PATI jugak kt sini keje kedai makan kot. masa keje dgn GH, bangun tido kol 630, tidur tak boleh lewat, pukul 10 mesti kene masuk tidur sedangkan GH pun belum tidur lagi,kekadang masa org datang rumah pun dia bantai nak masuk tidur pukul 10, tak boleh lewat!Bangsa manusia yang tak tau diuntung & tak sedar diri.. Sakit hati bukan kepalang.. sejak tu serik nak amek Indon lagi… kalo ada rezeki nak amek org Kemboja atau filipina. diaorg memang demand gaji banyak tapi kebanyakkannya keje lama & ikot kata. Dari maid pertama lagi GH memang dah ada sedia jadual yang diaorg kene ikot. Maid pertama xde masalah pun.. tapi maid kedua ni mg jenis suka cari rezeki tak halal la kot sebab tu dia lari hidup sebagai pendatang tanpa izin. sejak dia lari, GH dah pandang semua maid Indon ni semua sama je, baik dpn kita tapi belakang ntah pape je la… Maid indon yg xde permit ni demanding tau. Nak gaji RM550, setiap bulan nk cuti, dah tu masa dia nk gi cuti ti kita plak nk kene menghantar & mengambil dia.. TAK DAPAT la kan kalo GH… sebab tu sampai sekarang masih xde Maid. memang leceh xde maid but GH rela dari kene jadi dirver dia nk kene berhantar berambil pulak. duit dia RM550 simpan semua, kita ni nk kene tanggung duit minyak dia pulak.GH rasa, manusia yang bernama Indon ni mmg tak boleh dibuat baik.. kalo ada minah atau Mat indon yang baca komen ni bengang dgn GH, nasib korang la…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s