Cerita Hari Sabtu

Orang dah lama tenguk geng upin dan ipin..akak baru berkesempatan tenguk hari sabtu lepas…pasal nak tunggu ira balik asrama barulah bawak dua-dua sekali…..sebab masa cuti sekolah sibuk ke hospital aje…itupun booked tiket hari khamis lepas suami keluar dari hospital…

si ira dan imran yang beria-ia nak tenguk cerita ni…best jugak…masa akak tenguk dalam pukul 11.30 pagi panggung penuh…nasib baiklah dah booked tiket….

lepas tu gi lah jalan-jalan kat dalam klcc tu…bila lalu kat petrosains imran ajak masuk…akak kata dah petang..kita balik..lain kali aje pergi…bila nak bayar parking tiket tak boleh masuk…kena pergi kat office parking…dia charge sampai RM15.00…kurang asam betul…dia kata salah kami…….kalau idak tu selalu parking baru aje RM6.00…salah yana jugak kenapa tak bergaduh dengan budak dalam pejabat tu..geram betullah..


bila sampai rumah….tak lama kemudian adik ipar bersama ibu dan bapa mertua dia, bapa mertua akak dan kakak ipar datang nak tenguk adik dia….nasib baiklah kakak ipar tu bawa kueh mueh……..cadang malam tu nak makan maggi aje…org dah datang terpaksalah masak….nasib baik ira dan yana ada..cepatlah sikit buat kerja…masak asam tumis ikan kembung, goreng kacang panjang dan goreng ikan aje….

.mereka semua balik pukul 11.00 malam…..walaupun penat…tapi redha sebab orang tua-tua kata..tetamu bawa rezeki…

4 thoughts on “Cerita Hari Sabtu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s