Ayam Balut Daun Pandan



Teringin nak buat ayam daun pandan…pergi kat umah anawahid tenguk resepi dia tak sama dengan resepi rinnchan.. umah rinnchan ayam pandan versi indonesia…..fening akak di buatnya….jadi tak nak susahkan otak akak combinedkan bahan-bahan tu…ada yang akak masukkan dan ada yang akak tak masukkan..nasib baiklah sedap…..lagi satu ayam tak boleh potong besar..nanti lambat masak…daun pandan pun kena cari daun yang lebar-lebar..kalau idak payahlah nak balut ayam tu…

Bahan-bahan

  • 500gm ayam di potong kecil
  • 5gm jintan manis*
  • 5gm jintah putih*
  • 5gm ketumbar*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*
  • 2 biji buah keras*
  • 10gm gula melaka (akak ganti dengan gula perang)
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 15 biji cili api*-nak pedas tambah lagi
  • garam secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • daun pandan secukupnya
  • pencucuk lidi secukupnya


Cara-cara

1. Kisar atau tumbuk bahan bertanda *.
2. Ayam di bersihkan dan tos.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam ayam tadi bersama gula perang, garam dan serbuk kunyit.

4. Perap selama 1 jam ataupun lebih.
5. Buatkan poket dengan daun pandan dan masukkan ayam kedalam poket dan balut sekeliling ayam dengan daun pandan.

6. Cucuk ayam yang telah dibalut dengan lidi supaya tidak terbuka masa
menggoreng.
7. Bila dah siap, gorenglah sehingga masak.

2 thoughts on “Ayam Balut Daun Pandan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s