Ashik ke sini ajelah minggu ni…


Hari Isnin pergi lagi ke Hospital Ampang Putri…kali ni nak ambil keputusan medical check up yana…bertolak dari umah nak dekat pukul 10.00 pagi.

Alhamdulliah yana tak ada masalah kesihatan.

Jadi lepas ni….senanglah sikit..tak payah datang sini lagi..

Minggu depan masuklah balik yana ke sini…

Akak baca paper sementara tunggu yana jumpa Puan Doktor…nasib baiklah tak lama sangat.

Bila baca untuk pesakit…..jadi apa lagi…

Yana pun ambil sandwich..akak ambil kueh talam..dan bancuh kopi..

Bila dah settle semuanya..pergi balik kat kereta …tenguk-tenguk dah ada kereta lain gesel kat tepi kereta akak….punyalah bengang…nak buat macam mana…kita tak tahu sapa yang buat..redha ajelah….

Pergi pulak buat gambar….jpa nak gambar passport dan gambar saiz setem…dah pergi ke kedai gambar di ampang point..tapi mereka tak tahu nak buat gambar saiz setem ni…ajak yana gi ke taman melawati…nasib baik kedai ni boleh buat…

Lepas tu ke kedai baguslah….beli barang baking. Balik kat rumah masak nasi goreng aje..

Bila tenguk dengan suami akak …dia gelak aje…ala ina nanti hangat-hangat taik ayam….tak payahlah…buang duit aje…

TAPI HARI RABU NI KENA PERGI LAGI KE HOSPITAL AMPANG PUTRI SUAMI PULAK KENA MASUK WAD..NAK BUANG KATARAK KAT MATA…

2 thoughts on “Ashik ke sini ajelah minggu ni…

  1. masa kat m’sia dulu kereta hubby saya dulu pun pernah kena mcm tu …selambe je org yg buat tu tak tinggal notis apa pun…dan kat sini pun pernah kena gak tengah2 jln2 kat shopping mall tiba2 ada pengumuman no. kereta kita org…pergi kat tempat tu rupanya org yg langgar tu tinggalkan no. tel dia…tapi takde apa pun calar je…memang penat juga nak selesaikan segala urusan nak sambung study tu kan??…semoga semuanya dipermudahkan Allah SWT.

  2. salam suzi..entahlah nak buat mcmmana..tak tahu sape yang buat…nak repair tu makan ratusan jugak tu…kereta pulak kereta baru..penat pun penatlah jugak..demi untuk anak akak rela…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s