Ayam Kicap Bawang Goreng


Kali ni ambil resepi dari majalah saji…kan akak ni suka masak lain-lain resepi…sedap memang sedap…sebenarnya macam ayam masak kicap tapi rasa dan bahan dia lain sikit…nanti sape yang berkenan bolehlah cuba..

Bahan-bahan

  • 1kg ayam di potong kecil (16)
  • 1 1/2 cawan bawang goreng-akak guna 1 cawan aje..lagi 1/2 cawan akak kisar
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 4 cawan air – akak letak 2 cawan aje
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 tangkai daun kari
  • garam dan sedikit gula-akak tak letak gula
  • sedikit minyak

Bahan Kisar

  • 1 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 5cm halia
  • 3 batang serai
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 biji tomato

Cara menyediakannya :-

1. Panaskan minyak dan tumis daun kari bersama bahan kisar sehingga kering dan naik bau.
2. Setelah masukkan ayam dan tuangkan sos tomato, sos tiram, kicap dan air.
3. Biarkan ia mereneh. Bubuh sedikit garam dan gula.
4. Biarkan ayam masak. Setelah ayam empuk dan kuahnya kering, tuangkan bawang goreng.
5. Dengan cepat gaul rata dan biarkan sebentar.
6. Terpulang pada diri sendiri nak kuah basah atau kering.

2 thoughts on “Ayam Kicap Bawang Goreng

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s