Penat Memang Penat

Lepak-lepak kat rumah..tiba-tiba dengar bunyi motor…punyalah kuat hon dia…mula-mula nak marah…memekak aje…rupanya posmen yang hon…ada surat pos laju…nak suruh orang sign…alamak kesian posmen tu kan…nasib baik akak tak marah dia…


Bila yana dah dapat surat ni…maknanya dia kena masuk balik belajar bahasa selama 3 bulan…dan maknanya akak kena bawak dia pergi medical check up sekali lagi…padahal dah buat dah 2 tahun yang lepas…tapi dah dapat biasiswa jadi kenalah ikut syarat-syaratnya…

Hari Khamis lepas aje hantar imran ke sekolah akak terus pergi ke perodua dulu…nak ganti spring apa ke nama dia….nak ganti benda tu kena RM1,800..nasib baik dalam waranty lagi..cuma kena bayar duit gas RM80.00…suami akak datang dengan yana ambik akak nak gi pulak ke ampang..

Bincang dengan suami nak buat medical checkup yana kat mana? Dia ajak kami ke sini…pasal suami ada masalah sikit dengan mata..dia pun nak check jugak mata dia tu…macam ada benda yang block kat mata dia..suami jumpa doktor mata…akak bawak yana gi buat mc tu…

Akak layan ajelah novel ni…nasib baiklah bawak..kalau idak tentu akak bosan menunggu…


…..lepas yana buat medical checkup..nurse suruh datang balik esok…nak kena injection…suami masih lagi tak habis check mata…ramai orang katanya….dalam pukul 11.00 barulah siap..lepas settle bil suami hantar balik ke perodua nak ambil kereta.


Suami pergi kerja..dia tak nak mc…akak dan yana pulak gi ke JPJ WP..nak renew lesen…lesen mati pada 7hb Mac…tapi akak baru nak renew…nasib baik tak kena saman…


lepas tu pergi ke jj wangsa maju..nak beli barang runcit…sambil tu window shopping benda yang nak beli masa jj members sales pada bulan april nanti..nak compare harga…perut pun dah lapar..jadi kami makan dulu….

Punyalah mahal barang sekarang….ni semua nak dekat seratus lebih…tenguk jam dah pukul 3.30 petang…pecut pulak ke sekolah imran di gombak..


Lepas ambil imran di sekolah …sampai rumah dah nak dekat 4.30 petang…nak masak dah penat..masak aje lauk sambal sardin…

Masak sup sayur…

Bubuh bebola ikan…memang penat betul hari ni….

4 thoughts on “Penat Memang Penat

  1. hai kak ina,baru lani berkesempatan nak jenjalan kat blog kengkawan.memang kak barang2 skrg mahal yg amat. nIza jarang beli barang dapur tp baru2 ni bila pi beli, mak aiiii…mahalnya. amik tu amik ni skit dah beratus. yg wat niza terkejut lebih, maggi RM4.50 sebungkus!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s