Marble Vanilla Muffin


Kali ni ambik lagi resepi dari umah chef ah mat gebu….Sape yang nak resepi yang enak-enak gi aje ke umah dia…walaupun dia lelaki tapi terror memasak…akak buat 2 kali…sekali untuk makan kat rumah dan sekali lagi buat untuk bawak gath di klcc…Kali pertama akak taburkan kepingan badam yang telah di bakar…….akak c & p dari umah cik mat aje…terima ye cik mat kerna selalu bagi resepi yang sedap-sedap…

BAHAN-BAHANNYA🙂

  • 180 g mentega
  • 140 g gula halus
  • 2 biji telur gred A
  • 100 ml susu segar
  • 220 g tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh coklat emulco


CARA MEMBUATNYA🙂

  1. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  2. Cedok keluar 1/3 adunan dari no. 1 dan masukkan coklat emulco, kacau hingga rata dan sebati. Sudukan adunan tanpa warna dalam paper cup atau muffin cup, 1/2 bahagian, kemudian, sudukan sedikit adunan coklat. Gunakan lidi sate, buat beberapa pusingan untuk membentuk corak marble. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 – 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Kalau suka boleh juga hias dengan krim putar dan parutan coklat…

Yang ni bawa masa gath kat klcc hari sabtu lepas..taklah selawa ah mat gebu punya..kali ni akak bubuh coklat kat dalam muffin ni dan letak choc chip kat atas muffin tu…lupa pulak nak tunjuk kat dalam dia…

Posted in Kek

4 thoughts on “Marble Vanilla Muffin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s