Sarak Udang Berserai



Ambil resepi dalam majallah saji tahun lepas……bila belek-belek balik majalah lama ni tertariklah pulak nak cuba resepi ni…sedap jugak rasanya…

Bahan-bahannya

  • 500gm udang besar-akak guna udang galah
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • 2 batang serai di titik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 4-5 biji bawang merah di hiris dan di goreng. Toskan.

Bahan kisar

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 3 batang serai
  • 4cm halia
  • 2cm kunyit
  • 3 biji buah keras

Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng kelapa parut hingga kuning.
  2. Masukkan bahan kisar, serai yang dititik, cili kisar dan kulit kayu manis.
  3. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan semua sos, garam, gula, air asam jawa dan air. Kacau rata.
  5. Masukkan udang, daun limau purut dan santan.
  6. Kacau hingga mendidih.
  7. Masak hingga pekat.
  8. Angkat dan tabur bawang goreng. Hidangkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s