Gi Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Semalam ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur….bukan akak yang bersalin ye…gempaklah pulak kalau akak bersalin lagi…al maklumlah dah berusia ni……kalau mengandung tentu orang gelak….tapi kalau dah ter accident dan allah swt nak bagi..kita terima ajelah….akak nak tunggu cuculah pulak…bila pergi ke sini teringatlah pengalaman bersalinkan russhdi dan firdaus…

Nak ambil adik dia nilah…anak ke 2 adik lelaki akak….punyalah lama tunggu dalam kereta….bosan di buatnya….nak dekat 1 jam lebih…janji pukul 1.30 petang dah boleh keluar….akak malas nak naik.dan .malas nak layan kerenah 2 orang budak ni………jem giler kat hospital besar ni sejak dah kena bayar parking……

Nak dekat pukul 2.30 petang barulah mereka turun…akak , imran dan anak buah ni dah kelaparan dalam kereta……nak buat macam mana …..bukannya ada jual benda makan kat hospital bersalin ni..dahlah nak cari parking susah….

.Dapat anak buah yang ke 13 dan cucu ke 18 mak dan abah….minggu lepas masuk hospital kata nak operate sebab menyongsang…

Duduk kat dalam wad selama 3-4 hari tak jadi pulak nak operate….doktor kalau boleh nak suruh lahir cara biasa…..nasib baik mak dia kakitangan kerajaan…jadi tak payah bayar satu sen pun..

Bila tak bersalin dan tak rasa sakit…doktor suruh sil balik dan berehat kat rumah..pagi sabtu barulah keluar tanda..tu pun kena tunggu sampai hari Isnin barulah baby ni keluar…alhamdulliah baby Irfan di lahirkan pada hari sambutan mauliddulrasul pada pukul 8.00 lebih….

Bila balik kat rumah…dalam pukul 6.00 lebih petang tu….. sil rasa macam ada tisu aje kat bawah tu…dia cuba tarik tapi tak boleh…mak akak suruh gi ke klinik puan…check apa ke benda yang tertinggal..mak syak uri dia..pasal masa mak basuh uri tu macam tak lengkap aje…

Bila doktor perempuan tu check dan seluk memang lah cebisan uri…ya allah macam manalah orang kat ghkl ni buat kerja….selalunya bila nak keluar dia orang mesti seluk dan check jika ada benda yang tertinggal kat dalam….macam yang akak alami dulu…..nasib baik dapat keluarkan cebisan uri tu……doktor tu kata bahaya kalau uri tinggal kat dalam…nanti busuk dan boleh membahayakan kesihatan…alhamdulliahlah tak jadi apa-apa..

BOLEH SAMAN KE GHKL TU?

12 thoughts on “Gi Hospital Bersalin Kuala Lumpur

  1. makoiiii cebisan uri!!!!!??????!!!takotnyeeee…bukan ke lepas je bersalin..jahit bawah tu lepas tu dowang cek sama ada ada sisa baki darah ke uri ke apa?..huishhh camne dowang wat keje ni???

  2. Ngeri dengar citer macam ni..ni yg takut nk mengandung lagi nih… sib baik adik akak tu tak apa2 yer..tahniah akak, dapat anak sedara lagi..!! saya ni pun dh ada cucu sedara dh !

  3. Ish!Ngilunyer… Dulu saya anak no-2 uri melekat tp doktor ‘seluk’ n tarik kuar! Sakit wehhhhhh….huhuhu…Tp masa dia discharge sure dia rs xselesa n ada rs sakit sbb ada ‘benda’ xkena.Ni camner ler dorg wat keja yer??? Xsenonoh tolll!!!!Seb baik arr adik akk xder pape kan… Alhamdulillah…

  4. Ya Allah!!! Boleh lak camtu??? sib bek takde apa2 jadi kat SIL akak tu. huhuhu :(~chumell sungguh baby tu. musti bau dia pon sedappppp je.. ;P

  5. mak aii ngerinya kak, dr pelatih ke yg wat keje tu. nasib baiklah adik akak cepat perasan. takut sungguh benda2 mcm ni berlaku. nasib baik xde apa2, alhamdulillah.baik akak report kat pihak atasan hospital ttg kejadian ni spy xberulang lg dkemudian hari.

  6. salam kak ina…tahniah dpt anak sedara lagi…besar famili akak ye…raya mesti meriah.saya pernah alami lebih kurang sil akak tu..rasa mcm ada s'thing bila tarik rupanya darah ketul2…byk lak tu…bkn uri sbb uri keluar lengkap je…2 kali saya alami hal mcm ni (anak ke 3 dan ke 4)satu kat Ipoh satu kat adelaide…doktor pun tak tahu punca. kat m'sia dr. cuci(d&c) kat Adelaide ni bagi ubat je…keluar darah2 tu…sakit mcm nak bersalin…

  7. bule bule..saman jek..ekekkek:pish bahaya la..uri tu kan bende yg mudah busuk..n sneang dijangkiti kuman..ish camne depa ni buat keje..nasib baik ur sil dpt rs cebisan..kalu xrasa ape2..tetiba je membusuk kt dlm tu..xpasl2 dijangkiti kuman..ish nauzubillah…neway..comel la baby tu..huhu..tringt plak mase bersalin kan aQeel..hahaha..entry kak ina ni asyik menggamit memori silam suziey la..ekekeek:D

  8. kecuaian macamnie ada di mana2 tak kira swasta ker kerajaan ker sama jea… kita nie la yg kena faham hal2 yg macamnieso org yg muda2 kena la belajar sesuatu supaya tidak nanti kelamkabut jika terjadi apa2…

  9. Ya.Allah..nasib baik lah nampak kan..seram bulu roma ct mendengarnya.tu lah dah mcm2 kes dah kita dgr kan..yg gunting ler..kain ler..hisss sabar jer lah diorg ni cuai sgt2!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s