Hari Panggang Memanggang

Dah lama tak bakar makanan dengan arang…ada orang kata kalau bakar dengan arang tak eloklah…tak bagus makan pasal ada karbon…pa.bila gi rumah member cyber yang buat bbq..tak boleh tahan….balik dari ambil ira gi beli tempat pembakar…lepas tu konon-konon belilah arang gred yang bagus..ingatkan kurang asap tapi lebih krg aje..

kalau nak bakar membakar ni mesti ada assistant…kalau idak malas akak nak buat..nak menghidupkan api…pastu jaga dan pastu nak kemas balik…nasib baik anak akak ada yang membantu..kalau seorang idaklah akak rajin…

resepi ayam tu lebih kurang mcm yang akak buat dulu..akak buat sekali 2 ekor..biar anak-anak puas makan…kami cicah dengan cili sos aje…..perap tu kenalah lama..kalau idak taklah sedap sangat rasa dia……lepas beli ayam kat greenwood hari minggu…balik aje terus bersihkan dan terus perap.

Bahan-bahan

1. 2 ekor ayam di potong 12
2. 5 biji bawang putih – di kisar
3. 2 inci halia – dikisar
4. 2 sudu makan mixed herbs
5. 2 sudu besar madu
6. 1/2 botol sos hickory bbq sauce-tukar yang lain pun boleh
7. 1 sudu besar lada hitam kisar
8. sedikit garam

Cara-cara

  • Bersihkan ayam dan toskan.
  • Campurkan semua bahan dan tuang keatas ayam.
  • Perap 2-3 jam (akak perap pukul 9.00pagi hingga 12.30 tengahari)


Bila dah arang masih ada api dia…..langsung bakar sekali kerang tu…tapi kena rendam kerang ni dengan air garam…nanti taklah sakit perut….baca dalam paper kalau boleh kerang tu di rebus..jangan makan yang di bakar…lepas siap bakar cicah dengan cili sos….

pastu salai sekali ikan keli untuk di masak pada hari esok…

tenguklah asap tu….banyak bebeno…pasal ikan keli bela di banyak lemak dia…bila lemak tu terbakar…keluarlah asap ….bila salai ikan ni kena hati-hati…isi ikan senang tertanggal..


Hari isnin masaklah lemak cili api ikan keli yang telah di salai dengan daun tangki..akak tepek balik resepi ye…

Bahan-bahan

  • 1 kilo ikan keli
  • 20 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 1 liter santan (kalau boleh biar pekat sikit)
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 ikat daun tangki (kat pasar jual RM1.00)
  • 2 batang serai
  • 5 biji limau kasturi (ambil airnya)
  • garam secukupnya


Cara-cara

1. Bersihkan ikan keli dengan asam jawa dan garam.
2. Perahkan air limau kasturi dan biarkan dalam 30 minit.
3. Letak garam dan kunyit serbuk. (akak suka bubuh kunyit hidup) Salai di atas arang.
4. Ambil daun tangki sahaja. Bersihkan.
5. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan halia. Titikkan serai.
6. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama santan dalam periuk.
7. Gunakan api perlahan sehingga santan mendidih.
8. Masukkan ikan yang telah di salai dan daun tangki.
9. Mendidih..masukkan garam dan jus asam limau.
10. Padamkan api. Jangan masak terlalu lama nanti ikan hancur

12 thoughts on “Hari Panggang Memanggang

  1. Salam perkenalan Kak InaYummy!sedapnya masak lemak…It looks so tasty that makes me drop a line here for the first time. Salam and hello kak ina… Sy nak cuba masak recipe ini, boleh ye kak sy copy & paste recipe?Nak tanya akak.. mcmana rupa "daun tangki" ? Kalau takde daun tu, rasa masak lemak tu mcm mana ye. Sy tak pernah makan ikan keli tapi suka masak lemak mcm ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s