Caramel Cheese Puding


Bila teman-teman di myr bagi feed bacak yang sedap-sedap tentang puding cheese caramel ni…akak pun nak terjangkit jugak…akak suruh anak dara akak buat….gunakan ramekin bentuk love tu…nak pecahkan dara…payah pulak nak keluarkan dia…mungkin first time guna kot…..memang sedaplah ..beza dari caramel yang biasa tu….resepi sebenarnya dari yani tokeh myr…tapi akak ambil dari rumah si hana dari jepun tu…terima kasih buat yani kerna selalu bagi resepi yang enak banget….

Bahan-bahan

  • [ Karamel ]
  • 70g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
  • [ Puding ]
  • 180g cream cheese
  • 70g gula pasir
  • 1 biji telur kuning
  • 3 biji telur
  • 450g susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara-cara

  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
  2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.

2 thoughts on “Caramel Cheese Puding

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s