Kenangan Ke Bandung

Walau gambar-gambar ni dah lama dan basi akak saje nak cerita pasal kenangan masa kat sana….Bila tenguk gambar member-member cyber gi bandung akak pun teringatlah balik….masa ni masih di tangkuban parahu lagi….pergi kali pertama kami sekeluarga sampai ke indonesia…..lepas tu kami turun balik ke bandung cari hotel nak tidur semalam…pergi dengan pak supir…masa ni belum ada kereta sendiri lagi..guna van kijang office suami akak…tak booked pun hotel…pakai cari macam tu aje..kat bandung ni banyak hotel..nak murah atau pun mahal..terpulang kepada diri sendiri…akak jarang duduk di hotel five star…


Bila pergi satu family…seronok .berjalan-jalan dengan anak-anak….oleh sebab suami hantu durian…bila jumpa durian kat sini pun suami akak sanggup beli…makan kat tepi jalan aje…padahal harga dia mahal sikit dari malaysia…

Masa kat bandung ni pergi ke shopping complex. lupa pulak nama shopping complex tu..lepas gian main bowling……lepas kami makan di pizza hut…

Kalau nak ke Bandung naik keretapi dari Jakarta…mesti lalu jalan keretapi ni..akak snap dari dalam kereta dalam perjalanan nak ke Bandung.

Ira kat depan f outlet Heritage…kat jalan Riau..sepanjang jalan riau ni ada Foc the summit, formen, osso, branded club, the oasis, the secret dan terminal tas (bags) semua di LLRE Marthadinata..bila dah pergi ke foc ni memang geram tenguk barang branded yang dijual murah giler…boleh menghabiskan duit berjuta-juta rupiah bila sampai ke sini…

tapi yang paling banyak foc ni kat jalan Dago dan Jalan Riau….imran kat depan Heritage salah satu tempat yang fofular kat sini. Kat depan heritage ni memang ada kolam ikan..besar giler ikan kat situ..kalau nak beli handbeg dan kasut beli kat Terminal Tas..macam-macam jenama ada….tapi semuanya ciplak….kalau tenguk hasil kerja tangan dia memang teliti..sebiji macam yang betul punya….tapi akak tak minatlah nak beli hand bag ni cuma akak suruh suami akak belikan dompet bonia tu kat sinilah…

Bila waktu malam kami suka jalan-jalan kat tepi jalan…macam-macam yang mereka jual kat jalan ni…lupalah pulak nama jalan dia …..imran tengah tunggu jagung bakar..pisang bakar pun ada jual kat sini…pengamen atau penyanyi jalanan pun ramai bila waktu malam…

Bila nak makan samada makan malam ataupun tengahari kami suka makan kat kedai makan sunda…jadi sape yang ke sana tak payahlah nak bagi maggi ke…pasal kat sini memang banyak makanan yang enak-enak…harga pun berpatutan..yang paling popular yelah ikan bakar samada ikan talapia atau ikan gurame/kaloi atau pun ayam kampung penyet..ayam goreng ataupun ayam bakar yang di makan bersama sambal dan lalapan…ulam-ulaman..

Suka tenguk pemandangan sepanjang perjalanan ke bandung..tenguk mereka tanam padi bertingkat.
Akak memang suka pemandangan hijau macam ni…

Landskap kat restoren sunda ni memang cantik…kalau tak silap restoren/rumah makan sunda ni dekat dengan jalan dago rasanya…

Ira bergaya kat shopping complex di bandung jugak..tempat yang sama masa main bowling..masa ni pergi berlima..russhdi dan firdaus tak dapat datang..pasal tak cuti…

Kalau ke bandung jangan lupa beli brownies jenama ni….memang popular tau…kalau setakat kek lapis yang di jual merata-rata kat bandung tu tak sesedap kat kartika sari ni…lagi satu kalau nak beli telekung ataupun kain kebaya baik beli di bandung…lagi murah dari pasar tanah abang…memang seronok bershopping kat indonesia ni pasal harga barang murah kerna tenaga kerja yang murah…kadang-kadang kesian bila dengar mereka bagi tau gaji mereka berapa…masa gi jepara nak beli perabot jati …lagi kesian tenguk ibu-ibu pangkat nenek masih bekerja melicin papan kayu jati yang nak di buat perabot..insaf tenguk kehidupan mereka yang susah tu…apa-apa pun malaysia juga di hati…bilalah nak gi lagi ni…..nantilah simpan duit dulu…

Pernah pergi jugak ke bogor, punchak, taman safari…tapi masa tu tak ada kamera..jadi tak adalah gambar kat situ…

4 thoughts on “Kenangan Ke Bandung

  1. mmg bes kan kak ina…cikmin ada n3 psl sopin kt bandung ni lam blog lama..teringat2 lagik ni..x sabar nak jejak lagi ke bandung…mei depan….bye-bye kak ina….

  2. salam… hi,saya jumpa blog ni masa tgh surf2 cari blog saper2 yang pernah gi indonesia… plan nak gi jakarta n bandung end of this year. tapi blog ni mmg full of info. kalau lukisan2 tu n perabot mmg murah erk???

  3. salam . . .saye nak gie bandung bulan puasa nie . . saje nak puasa kat negri olang . . .hajat nak ke mekah . . . api takde geng so bandung pun jadi lah . . . dengar macam macam pasal bandung . . .rase rasenye ok tak kalau tak booke hotel bepo gie . . . kang tidur kat masjid lak . .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s