Nasi biryani lagi


Masak lagi nasi biryani…kali ni yana yang sponsor…beli sekotak aje…mahal katanya…macam biasa akak guna bombay biryani jenama shan…asli dari pakistan…kali ni akak masak ikut resepi kat kotak dia…masak nasi beryani kena banyak pakai bawang besar dan tomato..barulah kick rasa dia…sekotak ni cukup utk kami makan sekeluarga.
Bahan-bahan

  • 500-750gram daging lembu, ayam atau daging kambing(akak guna ayam)
  • 5 biji/2 1/2 cawan/300gram bawang besar di hiris halus
  • 4 biji/2 1/2 cawan/300 gram tomato di potong dadu
  • 259gram/4 biji tomato di kupas dan di belas 4
  • 3 sudu besar/25gram halia di potong dadu-akak tumbuk
  • 1 cawan/200gram yogurt biasa (plain)ataupun tairu ataupun 1 cawan susu cair perahkan 2 biji jus limau kasturi
  • 1 – 1 1/2 cawan/170-250gram minyak sapi
  • Sepeket bombay biryani-memang di sertakan bersama beras basmati

nilah rempah kat dalam kotak

Cara-cara

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar sehingga warna keperangan.
2. Masukkan tomato dan biarkan ia masak.
3. Masukkan pula ayam/daging lembu/daging kambing, halia, kentang, yogurt dan shan bombay biryani.
4. Masuk selama 15 minit. Masukkan 1-2 cawan air jika perlu jika daging masih belum empuk. Kalau guna ayam..jangan masukkan air. Nanti ayam hancur.

5. Biarkan kuah pekat dan rasa garam dulu…kerana selalunya dalam bombay beriyani ni dah ada garam…barulah di tutup api.

masak biryani ni..baik resepi diana ataupun resepi kat kotak..memang sedap dua-dua resepi ni..pilihlah yang mana satu

NASI BIRYANI

masak nasi cara diana tapi akak tunjuk cara resepi nasi ni yang ada kat kotak bombay biryani..lagi sedap resepi diana..terima kasih ye diana…sape yang masak cara diana cari kat label nasi ye…

Bahan-bahan

  • 600gm beras basmati-siap dalam packet-di rendam selama 30 minit.
  • 12 gelas air panas

Cara-caranya

1. Masukkan 3 sudu makan garam kedalam 12 gelas air panas dan masukkan beras yang telah di rendam.
2. Masak beras setengah masak dan alihkan dari dapur dan buang air lebihan tadi.

3. Letakkan ayam beriyani tadi dan lapiskan dengan nasi sehingga 2 lapis.

4. Tutup periuk dan masak diatas api perlahan sehingga nasi masak dan lembut.
5. Jangan di kacau selalu nasi ni..nanti tak cantik. Kalau kacau pun perlahan-lahan.
6. Campurkan semua sebelum di hidang.


Buat jugak kuah dalca…tapi anak tak suka makan..lain kali tak nak buat lagi…lagi satu pajeri ataupun acar memang tak laku…akak goreng papadum aje..

kalau ikut resepi diana memang guna daun pudina ni..akak memang tanam pokok pudina kat rumah…kadang-kadang buat air teh bubuh daun ni…sedap…

2 thoughts on “Nasi biryani lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s