Ayam Paprik

Bahan:- (dipotong kecil)
  • 300 gm isi ayam
  • 100 gm carrot
  • 100 gm brokoli-tak letak sebab tak ada
  • 100 gm bunga kobis
  • 50 gm capsicum hijau-tak letak..tukar ke cili hidup di hiris
  • 1 labu bawang besar

Bahan Sos:-

  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai – di titik hujung dia (akak letak 2 batang)
  • 3 biji limau kasturi (perah jus)
  • 5 biji cili padi – ketuk-akak tambah lagi 5 biji..tak pedas tak sedap
  • 3 ulas bawang putih – akak tumbuk
  • 1/2 cawan air
  • 3 helai daun purut-disiat-siat
  • garam secukup rasa
  • minyak

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Masukkan air.
4. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan sayuran lain.
5. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut.
6. Masukkan jus limau dan sedikit garam. Rasa dulu..barulah ditutup api.

Sedap di makan panas-panas..kalau ada tomyam lagi best………

6 thoughts on “Ayam Paprik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s