Mengenang Kisah Silam

Kali ni cerita sikit pasal akaklah pulak..

selongkar album kat rumah mak jumpa pulak gambar lama akak…gambar diambil pada umur akak berapa tahun pun akak tak ingat…mak dan abah dan ibubapa member sekampung…. masing-masing pakat ambil gambar kat studio di pekan setapak…geli hati bila tenguk gambar ni balik…ni semua member se permainan masa kat kg puah…..tenguklah baju kami yang perempuan…semua pakai baju yang sama fesyen….. beza umur akak dengan kakak long cuma setahun…jadi macam kembarlah pulak……..yang perempuan semua siap bawak beg tangan lagi…akak geli hati bila tenguk kasut akak tu..macam orang lelaki punya…

Member se kampung ni semua dah berkeluarga dan beranak pinak …cuma seorang yang telah meninggal dunia..arwah itin….meninggal masa umur masih muda dan tak berkawin lagi…no. 4 dari kiri..al fatihah untuk beliau..dia ni adik beradik dengan budak perempuan yang sebelah kiri…..nama kakak dia pun haslina..kebetulan sama nama…bila cuti sekolah atau hari minggu..kami adik beradik selalu ikut mereka balik kampung di batu 7 gombak..mandi manda kat sungai di gombak…masa tu air sungai masih jernih lagi…..kami masih lagi jumpa..selalunya di majlis orang kawin di kg puah tu….gelak masing-masing bila tenguk badan dan muka dah berubah bebenor…

gambar ni kami ambil masa musim muhammad ali lawan boxing dengan sape tah..kalau tak silap…mereka lawan di stadium negara…..jadi abah belikanlah boxing ni….sebelah akak tulah arwah badariah yang kerja dengan akak di motorola…yang berdiri sebelah kanan tu adik lelaki akak…kat gelanggang badminton nilah tempat kami bermain badminton….galah kondi…bola rounders..seronoknya bila dikenangkan kisah masa kecil ni…petang-petang orang bujang pulak ambil turn main sepak takraw..yang bertumbuk dengan adik akak sebelah kiri tu pun arwah itin..

bila dah anak dara…bila balik rumah kena lalu jalan ni…masa sekolah rendah tak kisah sangat..tapi bila dah naik tingkatan 1…rasa malu mula timbul….nak balik rumah mesti tempuh gelanggang ni..dulu masa tingkatan 1 kena sekolah petang..naik bas masa tu…sampai kat situ orang lelaki memang ramai berkumpul kat gelanggang tu..mereka main sepak takraw ataupun badminton… yang akak perasanlah pulak yang dia orang nak mengurat/pandang akak…terpaksalah berjalan dengan sopan santun..

kat gelanggang ni jugak…..bila mak basuh kain banyak sangat..mak buat penyidai sementara kat gelanggang tu….pasang tali kat tempat ikat net sepak takraw….nak bagi kayu baju cepat kering..pasal basuh tangan..jadi kain baju, selimut dan cadar yang mak atau kakak sidai kat situ….

Nilah sekolah rendah akak 3 beradik…dari darjah 1 hingga darjah 6. Dulu sekolah ni cuma ada satu blok aje….blok asal belah kanan……masa tu tempat nak bermain masih luas…boleh main kejar-kejar…kantin atas bukit…bila nak pergi ke kantin pun kena naik tangga. Kat belakang sekolah ni juga ada sebatang pokok beringin yang besar..tapi semua takut nak lalu kat situ…katanya ada hantu…tak tahulah pulak ada lagi pokok tu ataupun tidak..mungkin dah potong kot…pasal dah ada bangunan baru. Ingat lagi cikgu math yang paling garang mr wong ….yang tinggal kat pekan setapak…bila ikut mak ke pasar setapak…selalu terserempak dengan mr wong ni…masih ingat lagi masa tu beg kami mcm kotak…boleh duduk kat atas beg tu bila uncle lambat datang nak ambil kami ..samada pergi atau pun balik sekolah…sampai kemek beg tu…

Sekolah ni bersebelahan dengan Taman Tasik Titiwangsa..tapi masa tu tak ada lagi taman..cuma ada bekas lombong…ada satu kapal korek besar yang terbiar masa akak mula-mula sekolah kat situ …tahun 1971….kami memang tak berani nak ke situ..pasal orang cerita..lombong tu berhantu…..kat tepi lombong tu banyak rumah setinggan…banyak orang cina dan orang india yang duduk kat situ…sekarang ni semua dah tak ada….dulu banyak pokok sena di sepanjang tepi jalan ni…masa akak bersekolah di sini dari darjah satu hingga darjah enam naik bas sekolah…pasal mak dan abah kerja dan tak ada kereta. Kami tiga beradik pernah kena pukul kat pejabat guru sebab abah dapat tahu kami lintas jalan kat setapak masa nak naik bas sekolah..sepatutnya kami kena naik jejabat….tapi yang salah sepatutnya uncle yang bawak bas tu….dia yang nak cepat…pasal dah lambat..dia yang pimpin kami lintas jalan. Itulah kali pertama dan terakhir kami tiga beradik kena rotan…pastu kami tak berani buat lagi….abah memang garang dan berdisiplin…

balik sekolah akak suka beli air krim yang ada papan pusing tu..yang ada paku sekeliling dia..pastu ada no/gambar….bayar dulu baru boleh putar…bila putar…no yang tertera tulah jumlah ais krim yang kita dapat….selalunya mesti dapat satu aje…yelah no yang banyak kat papan tu nombor satu aje..tapi bila sekali-sekali dapat 2 atau 3….akak makan ataupun bagi adik beradik akak…..apek cina jual ais krim ni naik basikal aje………lagi satu gula tarik…bila beli baru cina tu tarik panjang-panjang…

Yang ni pulak gula ketuk…Bila beli baru orang cina tu ketuk…tukk..tuk…barulah dapat makan…atas dia ada pulak bijan..masa tu 0.10 sen pun dah dapat…orang kata kat petaling street ada orang jual ni lagi..

…masa ni akak masuk tarian….berjoget tengah panas masa ada sukan sekolah…puas berlatih…pastu cikgu bagi kain.. kena tempah jadikan baju…bukan free tau..tapi kena bayar….tenguklah baju menari kami ni… berbelang-belang……..lepas tu akhir tahun kami menari lagi utk hari penyampaian hadiah ..kemudian baju tu akak pakai kat rumah aje..tak nak pakai gi jejalan…malu…macam kuda belang…

akak tak ingatlah pulak masa ni akak darjah berapa…mungkin darjah 4 atau pun 5. sekarang padang ni dah tak ada…..dah jadi sekolah rendah jalan kuantan 2…dulu sebelah belakang padang ni maktab perguruan serikota…..jadi banyaklah bakal cikgu yang selalu lalu kat sekolah kami…ingat lagi masa tu ada ujian/peperiksaan darjah lima…mcm upsrlah..kalau lepas boleh pergi ke sekolah asrama ataupun sekolah yang bagus masa tingkatan satu.

Ambil gambar dengan abah kat studio..mak tak ada pulak….masa ni kalau tak silap akak masih sekolah rendah lagi…tenguk baju akak dengan kak long akak…sama…pasal umur cuma beza satu tahun..jadi mak suka pakaikan kami baju sama atau corak sama warna aje lain…tension jugak bila selalu pakai baju yang sama…

bila hari raya akak akan pergi ke rumah wak kusen..dia yang ajar kami tiga beradik mengaji kat rumah dia..orang lain tak ada tau…kami aje….sebab tulah kami ni senang nak tenguk tv kat rumah dia…kebetulan dialah satu-satunya jiran yang ada tv..pasal anak-anak dia ada yang dah kerja..jadi mampu nak beli…kalau masa cerita p.ramlee penuh rumah dia. Masa ni akak sekolah rendah lagi rasanya. Wak kusen ada seorang anak yang cacat…yang duduk no 2 dari kanan..kami panggil dia kak mus..tak tahulah nama penuh…sekarang ni dah tua dah…kalau gi sana akak kesian tenguk dia…nasib baik mak dan ayah dia masih hidup lagi.

Dah macam trend pulak..tiap-tiap tahun mesti ke sana…baju akak dan kak long sama jugakkkkk.
wak kusen ni asal dari pulau jawa…jadi cakap jawa terror..kawin pulak dengan orang sijangkang…jadi jawa kawin dengan jawa jugak…wak kusen suami isteri masih sehat walafiat dan masih duduk di kampung puah jugak…rumah wak kusen ni tepi sungai…akak dan adik akak suka mandi kat sungai ni…masa tu jernih lagi air dia..tak dalam pulak tu…selalu gi rumah member sekolah kat seberang sungai…kg puah seberang nama tpt tu…skrg ni banyak rumah yang tak ada….kena roboh.

Penyanyi jay jay yang nyanyi rindu bayangan pun duduk kat kg puah seberang..masa tu dia tak fofuler lagi…gambar ni member akak bagi…pasal rumah dia kat sebelah rumah sewa jayjay..

Masa ni dah masuk tingkatan berapa tah..dah lupa….ni masa hari raya pertama jugak..kami sekeluarga jarang balik kampung pasal abah dan mak tak ada kereta…tak mampu nak balik…gaji ciput…suka raya rumah wak kusen ni pasal dia kalau raya mesti masak lontong daun…masih lagi pakai baju corak sama cuma warna aje lain..

Masa hari jadi akak yang ke 12 ataupun 13 tahun…akak kumpul duit nak buat majlis harijadi akak. Best tau..ramai orang datang. Mak siapkan air botol aje..makanan macam biasalah…karipap dan bihun goreng mesti ada..

kami tiga beradik… akak dapat hadiah banyak tau..sampai adik dan kakak akak jelous..baju tu abah yang sponsor..

Bersama-sama member-member lama…masing-masing dah berkeluarga.

Bunga orkid tu bunga yang abah tanam….kek tu pun pakai duit akak tau…akak masa tu menabung pakai tabung buluh…akak banyak duit pasal masa sekolah rendah akak rajin tolong mak long limah jual nasi lemak kat sekolah………itu pun sorok-sorok takut orang kantin marah…..kdg-kdg ikuk mak long limah jual kueh kat kilang papan kat batu 4, gombak….

bila sekolah petang akak jual ais krim..masih ingat lagi..bungkus dengan suratkhabar banyak-banyak pastu masukkan dalam beg plastik…. duit yang abah buat belanja sekolah pun akak simpan sikit…habis duit tu gunakan untuk majlis harijadi dan pergi makan angin ke singapura bersama abah naik keretapi…tapi turun di jb…kebetulan adik ipar abah duduh di jb..dia yang bawak akak jejalan kat singapura…lawat tempat menarik kat sana …kami pergi naik bas aje……yang akak ingat akak beli mainan monopoly kat singapura…masa tu harga dia masih mahal lagi..tak macam sekarang.

Acara memotong kek..adik akak macam nak makan aje kek tu…masa tu kek kan macam makanan yang mahal bagi kami tiga beradik dan jugak bagi member-member sekampung..susah nak makan kek ada cream mcm tu…beli kat pekan setapak…dulu kalau lalu kedai kek aje…telan air liur…pasal tak mampu nak beli…

Bersama-sama sepupu kat kampung gadek di alor gajah melaka..selalunya kalau cuti sekolah mak dan abah pos kami tiga beradik ke kampung…pastu wan dan atuk bawak gi ke sawah…seronok gi sawah ni….sawah ni pulak tepi sungai…wan dan atok sibuk menanam padi..kami mandi dalam sungai..tangkap anak ikan keli…bila lintah gigit ..menjerit takut….kalau duduk kampung ni kalau tak merayau tak sah…..ikut bapa saudara yang akak panggil busu rahman dan mak saudara yang akak panggil mak uda sarah merayau ke se pelusuk kampung.

sekarang ni …..bila balik ke kampung sekarang orang tua-tua masih kenal kami lagi….yelah orang kuala lumpur meround aje kerjanya…tak duduk diam…masa tu jugak atuk ada kerbau…pernah sekali kami kena kejar dek kerbau. kat kampung ni jugak akak belajar naik motor…mak saudara ajar..akak tak tahu nak break…jatuh kat tepi belukar..habis kaki kena ekzos motor…berparut sampai sekarang….. kat kg jugak akak dapat parut kat kaki…kena getah buah bacang…kat sini jugak bila akak nak kopek buah kelapa muda ….kena parang kat tangan…masih ada parut jugak…bila tenguk parut ni…mesti teringat apa yang terjadi masa kat kg gadek ni.

Masih di kampung gadek juga bersama sepupu akak…tenguk seluar bell bottom tu..popular tau..mak akak memang ikut fesyen..selalunya mak beli baju kami semua kat globe silk store..kiranya shopping complex yang popular masa tu……mak kerja…. jadi mak boleh beli ni semua…

kat kampung jugak…masa dah jadi anak dara…jadi taklah merayau kat sekeliling kampung lagi..kalau pergi pun cuma ke rumah orang kawin ataupun kenduri kendara. bersama mak/bapa saudara dan sepupu kat rumah wan.

Baru dapat adik baru…memang seronok pasal adik akak masa tu dah besar..tapi adik bongsu ni kuat melalak…

Nak tunjuk tv yang ada kat rumah akak dulu…besar gedabak kan..dulu kalau ada tv..orang kata orang kaya…….masa tu abah dan mak beli hutang..mana ada duit nak beli cash kan….ala sekarang ni pun banyak orang beli hutang…betul tak?

Yang ni tempat kami lepak bila waktu lapang…rumah kena tinggi pasal selalu banjir…masa harijadi akak ataupun harijadi adik akak masa umur dia setahun…lupalah pulak…kat tangga ni jugak akak jatuh…masa tu akak kerja di motorola..kena kerja malam…jadi siang tidur…lepas tu pak ngah hamid panggil nak apa tah…rumah tak ada orang..jadi akak bangun…agaknya mamai…tak perasan ada tangga…apa lagi terjelepuklah kat bawah…nasib baik tak jadi apa-apa..

panjangnya..nanti sambung lagilah…

17 thoughts on “Mengenang Kisah Silam

  1. K.ina..seronok kalau ingat kisah kita ank2 sampai sekarang kan..kalau nak buat buku tentu setebal mana dah muka surat tu..tapi kenangan silam x bole dijual beli kan k.ina.ct pun suka duk main2 zaman ank2..nak2 join bdk laki2 abis sume permainan ct join tau.tapi apek jual ais-kerim lah yg bestnya..putarrrrr kalau dapat gambo dia ok ler..kalau x dapat emm hampeh hahahaha…kenangan sume tu kan K.Ina🙂

  2. what a coincidence! dalam foto2 lama ni ada familiar faces, my classmate. nampaknya sekolah kita pun sama.. tapi mine is jalan kuantan 2 (school yg sama sebenarnya). by the way, u lahir tahun berapa?

  3. bestnyer kak simpan gambar2 lama leh jadi kan kenangan yg terindah kan….akak org kuantan yerk… linn dulu pernah duk kuantan 2 thn….linn suka kuanatan sbb bandar yg tidak sesak..

  4. salam ina,ha, ha.. member2 sekolah rendah & menengah saya dulu memang ramai la yg duk kg. puah ni. dlm gambar tu yg sgt jelas namanya yg ina mention haslina (muka cam industan). then si liza (betul ke nama ni?). ada sekali tu ada gak pegi melawat kawan yang kena penyakit misteri (meracau menggunakan bahasa seberang) entah apa ke nama ntah.

  5. salam dee66..betul nama di haslina..tak perasan pulak liza tu yang mana?tak ingatlah..kg puah tu ada 2 tpt yg popolur..satu kg puah seberang..satu lagi kg puah hilir..yang kg puah seberang tu lagi besar..kamu duduk area mana dulu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s