Ikan Keli Lagi……

Tiap-tiap minggu makan ikan keli..tak jemu-jemu kat rumah ni..kesukaan anak-anak….akak pun suka sebab ia murah dari ikan yang lain..tapi tang nak menyiang dan membersihkan tu yang leceh….nak buang lendir dan kat tepi insang ada darah hanyir tu…kali ni akak masak guna campuran lada hidup dan cili api..kalau nak cili api pun boleh…akak tak tahan pedas…tu sebablah campur…masak dia lebih kurang cam masak sambal jugak…
Bahan-bahan

  • 11/2 kg ikan keli-bersihkan..perap dengan jus limau 10-15 minit pastu basuh balik
  • 5 biji cili hidup
  • 20 biji cili api
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 5 biji bawang putih
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus
  • garam dan minyak secukupnya

Cara-caranya

  1. Tumbuk/kisar cili hidup dan cili api. Kalau tumbuk lagi kawwwww…
  2. Tumbuk bawang besar, bawang kecil dan bawang putih. Jangan lumat sangat tau.
  3. Tuang minyak dan tumis bawang yang telah di tumbuk.
  4. Masukkan pula cili yang telah di kisar. Masukkan garam
  5. Biarkan semuanya masak dengan menggunakan api sederhana.
  6. Masukkan ikan keli yang telah di goreng kedalam nya.
  7. Tuang jus limau dan padam api. Rasa dulu garam baru di angkat.

Sedapnya makan dengan nasi panas..lepas tu buat pulak sup….laju aje menghirupnya sebab kepedasan…sup sayur ni tak payah resepilah…semua ibu/adik-adik pandai buat…

7 thoughts on “Ikan Keli Lagi……

  1. Ina…umah saya pun kalau ikan keli goreng atau buat sambal jadi feveret semua orang…hari2 pun tak pe…cuma si along tu je yang takmo makan…katanya sebab muka ikan tu tak cantik…huhuhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s