Ikan Bakar Kak Ina

Kali akak buat ikan bakar stail akak sendiri….memang akak suka tukar-tukar resepi…kadang-kadang akak tambah buah nenas masaklah..tomato ..nak rasa kelainan…oleh sebab ikan terubuk banyak tulang…..akak dan suami punya…….terpaksalah buat ikan cencaru untuk anak-anak yang tak suka ikan banyak tulang ni…

Bahan-bahan utama

  • 1 ekor ikan terubuk di belah 2
  • 4 ekor ikan cencaru

Bahan-bahan lain

  • 6 biji cili hidup*
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus.

Cara-caranya
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.

4. Rasa dulu barulah di padam api. Sejukkan.

5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.

6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.

7. Lumurkan sambal ke atas ikan.

8. Tutup dengan daun pisang. Cucuk hujung daun pisang dengan pencungkil gigi.

Pastu bakarlah kat atas kuali leper ke…atas non stick pan ke…atas arang ke atau dalam oven….kalau bakar atas arang lagi best……kalau nak makan baru bakar…makan panas-panas pun sodap…..perah dengan asam limau kasturi..

16 thoughts on “Ikan Bakar Kak Ina

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s