Sotong Percik

Ashik-ashik masak sambal sotong..naik boring jugak…pergi kat rumah member cyber ternampaklah resepi ni. Resepi dari asal dari rumah rossitamz@myr..tapi akak ambil dari rumah puan ummi di kuantan tu…akak malas pulak nak taip…jadi c & p aje ye puan ummi tapi akak editlah sikit…. sebenarnya di panggil sotong percik ramadan….nak buat bulan apa pun tak apalah..janji sedap dan rajin nak membuatnya..Tapi akak tak letak hirisan limau purut..anak-anak dan suami tak suka..daun kunyit tu akak blender sekali…


Bahan:-
  • 8 ekor sotong yang besar
  • 10 biji cili kering (*)
  • 5 biji cili padi (*)
  • 5 biji cili merah (*)
  • 1 labu bawang besar (*)
  • 2 inci halia (*)
  • 2 inci lengkuas (*)
  • 2 batang serai (*)
  • 1 helai daun kunyit – hiris halus-blender
  • 4 helai daun limau purut – hiris halus-tak letak
  • 1 batang serai – dititik-
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • garam dan perasa secukupnya.
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan sotong dan potong (jangan putus) sejarak 1 1/2 inci (seperti gambar atas ni).
  2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun dalam pinggan.
  3. Kisar bahan-bahan bertanda (*). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau purut dan air asam serta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih dan pekat sikit.
  5. Tuangkan ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan tadi. Buat cara puan ummi jugak…masukkan kedalam kuah dan gaul sekejap baru di padam api.
  6. Memang sedap….makan pulak dengan nasi panas.

8 thoughts on “Sotong Percik

  1. haa.. yatt ada koleksi pinggan vantage tu tapi kat malaysia lah byk beli cantik2… takleh tgk pinggan bunga2 rasa alegik!!! bytheway sotong mu mengancam habis.. finland takde sotong.. entah mana g tak tau..sejuk sgt sotong pun lari..

  2. salam yatt…kat malaysia ni byk typelah dan kedai yg jual vantage ni…tapi kat vantage di pj tu memang mahal…alahai kesiannya bila kata sotong tak ada kat finland..apa nak buat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s