Masak lodeh..bukan lodeh eh mak lodeh tau..

Nilah salah satu masakan kegemaran akak….akak panggil masak lodeh..tapi tak tahulah kat tempat lain panggil apa….bahan-bahan dia ikut sukalah..nak banyak atau sikit….akak pun tak pandai nak sukat….yang wajib ada tahu dan tempe…

Bahan-bahan

  • 200gm udang sederhana/kecil-bersihkan dan tos.
  • 2 bungkus tempe daun-dipotong dadu dan digoreng garing-toskan
  • 2 biji tauhu-dipotong dadu dan di goreng garing-toskan
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • 4-5 sudu besar santan pekat
  • 2 batang serai-dihiris halus
  • 1 batang daun kunyit-dihiris halus
  • 5 batang kacang panjang-dihiris serong
  • 1 biji bawang besar-di belah 4 lepas tu di hiris halus
  • 1 papan petai-di kupas dan di buang kulitnya
  • 1 biji cili hidup-dipotong serong
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam dan minyak masak

Cara-cara

1. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan sedikit halia.
2. Tuang sedikit minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk dan masukkan serbuk kunyit sedikit.

3. Bila telah naik bau, masukkan pula udang. Setelah udang masak masukkan semua bahan-bahan yang lain termasuk tahu dan tempe yang telah di goreng.

4. Kacau sebati dan masukkan pula santan pekat dan garam.

5. Biarkan hingga sayur-sayuran masak dan rasa garam baru padam api.

6. Makan dengan nasi panas ataupun makan begitu sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s