Asam rebus ikan pelaling

Kalau malas masak akak suka masak ni…senang di masak…cepat di makan….bila tekak rasa tak lalu makan pun akak suka masak macam ni…yang bagusnya tak payah pakai minyak…ada yang panggil masak singgang kot…sebenarnya tumbuk pakai batu tumbuk lagi sedap..kalau malas masuk aje dalam blender…tapi bawang dan ikan bilis berserta belacan eloklah ditumbuk…cuma kisar cili hidup aje…
Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan kembung atau ikan pelaling
  • 4 biji cili merah-buang biji*
  • sedikit ikan bilis*
  • 4 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • air ikut keperluan
  • air asam jawa-terpulang pada tukang masak..nak banyak atau sedikit
  • 5 batang bendi-kalau banyak lagi best

Cara-cara

1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *.
2. Siang ikan dan toskan.
3. Masukkan semua bahan yang telah lumat ke dalam periuk dan masukkan air.

4. Hidupkan api dan biarkan mendidih.

5. Masukkan ikan, air asam jawa berserta garam.

6. Bila mendidih masukkan bendi yang telah dibuang hujungnya.
7. Rasa cukup garam dan asam barulah di padam ap
i.

7 thoughts on “Asam rebus ikan pelaling

  1. sy pun suka masak camni, mak sy kalau buat ni dia taruk tempoyak, lg terangkat..kak ina..psstt ikan pelaling tu ikan apa eh? sy ni tak berapa kenal ikan, makan je tau..haahaa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s