Sambal sotong kering


Kalau masak sambal sotong kering akak selalunya masak nasi lemak sekali…jarang akak beli sotong kembang tu…selalu beli yang kering pastu rendam dengan ubat dia..selalunya kena rendam semalaman. Kalau nak bubuh kacang tanah pun boleh jugak..

Bahan-bahan

  • 2 ekor sotong kering-direndam semalaman dengan ubat dia-kalau nak yg kembang pun boleh..lepas tu potong kecil-kecil
  • 1 1/2 cawan cili kisar
  • 1/2 cawan jus asam jawa-bergantung kepada tukang masak
  • 2 cawan air
  • 3 sudu besar gula merah-pilihan
  • 1/2 – 1 cawan kacang tanah disangai dan di tumbuk kasar-pilihan-akak tak letak.
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji bawang besar di hiris halus
  • garam secukupnya

Bahan kisar/tumbuk

  • 1o biji bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit belacan-pilihan

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing.
2. Masukkan cili kisar dan masak dengan api sederhana sehingga naik minyak.

3. Masukkan kacang tanah, garam, gula merah dan air asam jawa dan kacau lagi hingga sebati.
4. Masukkan pula sotong dan air dan masak hingga pekat.

5. Bila telah pekat baru di padam api dan bolehlah di hidang bersama nasi lemak, nasi ataupun nasi impit.

Saje buat lebih sambal tu…pagi esok buat pulak nasi lemak…

17 thoughts on “Sambal sotong kering

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s