Roti Naan (resepi yang lain)


Kali ni akak buat roti naan lagi…akak gunakan pula resepi dari mummyhamim2….ambil juga dari myresepi.com...tak jemu makan roti naan ni kan…pasal dia tak berminyak..tulah yang elok bagi akak ni…masa akak uli doh ni macam kering aje..jadi akak buatlah penambahan kat bahan-bahan…minta maaf ye tuan punya resepi akak…edit sikit...

Bahan-bahan ( 12-15 keping sederhana besar )

  • 750 g tepung gandum
  • 250 g tepung naik sendiri
  • 250ml plain yogurt (low fat pun boleh)akak gunakan susu cair pastu bubuh 2 sudu besar jus limau kasturi..pasal selalu lupa beli yogurt ni..
  • 1 sudu serbuk yeast ( rendam dlm secawan air suam)-akak tambah kepada 1 peket-11 gram dan akak tambah 5 sudu makan air suam.
  • 2 sudu butter (akak gunakan 4 sudu besar minyak zaiton)
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Rendam terlebih dulu yis didalam cawan berisi air suam-suam kuku. Tunggu sehingga yis timbul.
  2. Sementara itu, di dalam mangkuk berasingan…. campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula, garam dan mentega lembut/minyak zaiton dan digaul rata.
  3. Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati dan lembut, masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu (jika adunan terlalu kering)
  4. Uli sehingga agak lembut, dan bulat-bulatkan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)-akak jadikan sebiji doh yang besar dan perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda.

5. Canai leper

dan bakar atas kuali (seeloknya kuali tak melekat-non stick pan) leper tanpa minyak, api kecik, tunggu sampai kembong2 seperti dlm gambar, baru terbalikkan.

Lepas tu bolehlah di makan dan di cicah dengan kari sardin….

2 thoughts on “Roti Naan (resepi yang lain)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s