Masak Lemak Cili Api Daging Salai Dengan Rebung


Kalau nak buat daging salai ni yang original punya lagi sedap…yang di salai dengan sabut kelapa..dulu masa arwah wan akak ada…dia rajin pasal salai menyalai ni…kat kuala lumpur ni ada jugak orang jual daging salai tapi salai pakai oven. Hari sabtu lepas pergi pasar tani terjumpalah orang jual daging salai. Beli rebung masam nak campurkan dengan daging salai ni…Adusss sedap..lepas tu goreng pulak ikan sepat goreng. Masakan N9 tak pakai bawang tau..

Bahan-bahan

  • 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 500 gram daging salai
  • 100 gram rebung masam-akak beli RM2.00(basuh dan toskan)
  • 600ml santan cair
  • 400ml santan pekat
  • 2 batang serai di titik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun kunyit-disiat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam ikut keperluan

Cara-cara
1. Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
2. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging salai dan rebung.
3. Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana.

4. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan….bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
5. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit. Tunggu sehingga 10-15 minit.
6. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.

6 thoughts on “Masak Lemak Cili Api Daging Salai Dengan Rebung

  1. Ina..sedapnya daging salai dgn rebung…akak selalu masak dengan perut lembu…Betul kata ina…kene dengan sepat goreng…memang mertua lalu…jgn kata belakang…depan pun tak nampak…hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s