roti

Roti Jala Kuah Durian


Oleh kerana dah ada bekas nak menjala yang di beri oleh puan nor di kt…akak pun berkobar-kobarlah nak buat roti jala. Memang senang nak buat roti jala pakai benda ni…dulu kalau pakai yang plastik tu ashik nak bertadah aje..pastu dapur berkecah dgn cebisan tepung..oleh kerna dah musim durian..buat roti jala makan dengan kuah durianlah pulak…

Bahan-bahan

  • 1 biji durian-kopek dan ambil isi-kalau nak banyak bolehlah tambah.
  • 700ml santan pekat
  • 300ml air
  • 1 biji gula melaka-masak dengan sedikit air sampai gula cair…pastu tapis bila dah sejuk
  • gula castor-bergantung kepada tahap kemanisan yang diingini.
  • 4 helai daun pandan-disiat-siat
  • secubit garam

Cara-cara 1. Masukkan durian ke dalam periuk bersama-sama santan dan air. 2. Masukkan juga secubit garam dan daun pandan. 3. Kacau dengan menggunakan api perlahan sehingga santan mendidih. 4. Bila mendidih masukkan pula gula castor dan gula melaka. 5. Biarkan mendidih dalam masa 10 minit dan bolehlah di padam api.


Kali ni buat roti jala menggunakan resepi dari tulip 77 @myr.com. pasal akak ni suka nak mencuba macam-macam cara nak buat roti ni…nanti boleh tahu yang mana paling lembut dan sedap dan boleh tahan hingga ke petang. Akak c & p aje ye tulip…harap maaf..tapi edit sikit.

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 5 sb susu tepung
  • 1 biji telur
  • beberapa titik pewarna kuning
  • 1 st garam

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
  2. Perap dalam 1/2 jam.
  3. Sediakan kuali dan acuan roti jala untuk menjala di atas kuali leper.
  4. Jala dengan api perlahan lebih kurang seminit.
  5. Angkat dan lipat.
  6. Boleh di makan bersama-sama kuah durian.

18 thoughts on “Roti Jala Kuah Durian”

  1. kak ina!!!ni fav sya!!!!adoiii..sodapnye tgk roti jala tu..nak2 ngan kuah durian..huhuh..wahhsiap ade lagi harga acuan tu yer..huhuh..mahal gak eh…tapi ni yg besi kan…kalau yg plastic tu maybe murah kan..bile la leh rase masakan kak ina ni??

  2. salam kak ina.kalau ayah tengok mesti dia terliur. kat rumah ni hanya ayah sorang yg suka makan roti jalan kuah durian ni. org lain makan dgn kuah gulai ayam yg biasa tu. kakchik tak makan durian sangat, kalau makan pun makan yg baru mekar tu.

  3. Pestime saya tgk acuan roti jala besi ni…Sebelum ni tgk yg plastik kaler kuning tu….Teringin nak menerai wat roti jala sendiri tp acuan x terbeli2 lg…alang2 nak beli baik beli yang besi cenggini hehehe…** best blog akak ni… boleh ngumpul resipi…salam kenalan…

  4. salam e marlin..salam perkenalan juga dari akak…kamu tak pernah tenguk acuan ni ye..padahal akak tahu pasal acuan roti jala dari tembaga ni dari orang kuala terengganu…mungkin kamu jarang ke tpt org jual peralatan memasak kat sana tak?tu sebab tak jumpa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s