Mee Sup

Buat lagi mee sup untuk sarapan pagi…kalau gi pasar memang buat mee sup ke..mee kungfoo ke…pasal senang kerjanya…bila makan pagi-pagi mee sup ni…keluar peluh…sebenarnya sedap makan dengan sambal kicap…tapi malaslah pulak nak membuatnya…jadi gunakan cili merah aje..

Bahan-bahan

  • 200gm daging lembut
  • 10-15 ekor udang sederhana besar
  • 1 kiub ayam maggi
  • 6 biji bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 inci halia, diketuk
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 4 biji bawang kecil-dihiris halus
  • 4 biji telur
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • sedikit kicap
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 10 biji fish ball
  • 2 keping fish cake-dihiris tipis
  • 1 sudu makan tepung jagung di campur dengan sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Sayur-sayuran

  • 1 batang lobak merah-di bersihkan dan di potong memanjang
  • 10 kuntum cendawan tiram
  • 2 tangkai daun sawi
  • sedikit bunga kobis


Bahan lain

  • Mee yang telah dicelur
  • Hirisan daun bawang/daun sup
  • Bawang goreng/bawang goreng segera
  • cili merah yang di hiris tipis dan di bubuh kicap-kalau nak kaw..bubuhlah cili api.

Cara-cara

1. Bersihkan daging dan hiris nipis.
2. Kopek udang dan cuci bersih lalu di tos.
3. Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam.
4. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang telah dihiris dan di lumur dengan sedikit garam sehingga garing. Toskan.
5. Dengan menggunakan minyak yang sama…tumis bawang putih, halia dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau wangi dengan api yang sederhana.
6. Masukkan daging yang telah di hiris sehingga daging berubah warna. Masukkan air secukupnya.
7. Biar mendidih perlahan hingga daging lembut. Masukkan kiub ayam maggi.
8. Bila daging telah lembut, masukkan pula garam, sos tiram,lada sulah dan kicap sedikit.
9. Masukkan udang, fish ball, fish cake, lobak merah, kobis bunga dan cendawan.
10. Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu ke dalam kuah sup tadi. Biar telur masak dengan api kecil sehingga masak. Rasa dulu garam baru di tuangkan campuran tepung jagung dan baru padamkan api.
11. Ambil mee yang telah dicelur, tuangkan kuah sup dan taburkan dengan daun sup/daun bawang bersama bawang goreng. Bubuh cili merah yang di hiris tadi.
12. Boleh di hidang panas-panas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s