Ketam Masak Lemak


Dah lama dah masak ketam masak lemak ni…barulah hari ni nak di masukkan ke dalam rumah akak…masak cara ni memang laku kat rumah akak…

Bahan-bahan

  • 6 ekor ketam-dibersihkan dan dibelah dua
  • 5 biji cili merah-dibelah dua dan dibuang biji
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 helai daun kunyit-disiat-siat
  • 2 batang serai-dititik
  • 300ml santan pekat
  • 300ml air
  • garam secukupnya

Cara-caranya

1. Kisar atau tumbuk cili merah, kunyit hidup dan halia. 2. Campurkan santan dan air dan masukkan kedalam periuk yang berisi ketam. 3. Hidupkan api dan masukkan bahan yang telah dikisar. 4. Kacau santan dengan menggunakan api sederhana. 5. Bila telah mendidih masukkan garam, daun kunyit dan serai yang telah dititik. 6. Rasa garam dan bolehlah ditutup api. 7. Sedap di makan bersama ikan masin…akak suka ikan sepat goreng.

2 thoughts on “Ketam Masak Lemak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s