Asam pedas melaka


Oleh sebab badan masih penat dan kerja rumah banyak spt membasuh dan melipat kain..akak masak yang simple ajelah….Kali ni akak masak asam pedas melakalah pulak…kalau nak diikutkan masak asam pedas ni macam-macam style….ada melaka style..penang style..johor style..apa-apa pun bolehlah..janji sedap….

Bahan-bahan

  • 5 keping ikan pari-nak ikan lain pun boleh

Bahan tumbuk/kisar

  • 6 biji bawang merah-
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 2 batang serai-dititik

Bahan tumis

  • 1 bawang besar-hiris
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 1/2 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa ikut keperluan
  • air ikut keperluan
  • 1 biji tomato di belah 4
  • 5 biji kacang bendi
  • 2 bunga kantan-dibelah 2
  • se cekak daun kesum
  • minyak masak secukupnya
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan bahan kisar/tumbuk kecuali cili dan biarkan naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan garam, kacau sehingga pecah minyak atau cili masak.
  3. Masukkan air asam jawa dan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan.
  5. Rasa garam dan masukkan tomato dan bendi.
  6. Bila mendidih terus padamkan api.
  7. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s