Roti Pita


Oleh kerana dah lama tak buat roti pita….anak-anak pun suruh buat…kalau nak diikutkan cara nak buat dia macam nak buat roti nan..tapi bahan dia lain sikit…dulu akak ada cuba satu resepi dari member myr….sekarang akak nak cuba pula resepi dari chef lelaki fofular se antara blog Encik ah mat gebu. Dia kata ambil dari buku ‘The World of Bread’ oleh Alex Goh. Oleh sebab akak tak bm..akak guna aje mixer pastu guna tangan. Cik Mat akak c & p aje ye..

Bahan-bahan

  • 250gm tepung roti
  • 1 1/2 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/4 camca teh gula halus
  • 145 ml air-akak guna air suam
  • 15 g lemak sayur (shortening)

Bahan untuk isi

  • Pokok salad
  • Kepingan tomato
  • Gegelang bawang
  • Capsicum, dihiris memanjang-tak bubuh
  • Beberapa helai “chicken ham”-akak ganti dengan nugget ayam ramli pastu hiris tipis
  • Sos kegemaran (samada, mayonies, thousand island atau sos cili/tomato)-akak campurkan cili sos dan mayonis

CARA MEMBUATNYA :

  1. Gaul tepung dengan yis, garam dan gula hingga rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal dan lembut. Bulat-bulatkan doh, tutup dengan plastik cling dan biar 1 jam hingga doh naik.
  2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk roti pita ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan “on”. Tunggu hingga siap.

3. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli sekejap dan rehatkan 5 minit. Bagi doh pada 5 bahagian yang sama besar. Bulat-bulatkan setiap bahagian.

4. Ambil satu dan canai nipis lebih kurang 3mm membentuk bulat atau pun bujur.

5. Alih ke dalam dulang pembakar dan buat hingga siap. Biar ia naik selama 30 minit. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 5 – 6 minit atau hingga roti kelihatan mengelembung. Jangan bakar terlalu lama, nanti roti pecah dan sukar untuk menghasilkan poket

6. Keluarkan dan dan sejukkan atas jaringan. Roti akan lembut bila sejuk. Kerat dua dan isikan poket roti dengan bahan-bahan isian. Hidangkan. Memang sedap….kalau sape-sape nak diet bolehlah buat roti ni..

2 thoughts on “Roti Pita

  1. salam kak chik….dulu akak baca resepi aje akak tak faham…skrg ni dah canggih kan…pastu ada kamera tak kan tak nak guna…jadi apalah salahnya tunjuk buat adik-adik dan member-member yang baru belajar ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s