Peach Crumble Cheesecake


Dah lama tak buat cheesecake…bila gi jejalan kat rumah orang yang rajin membaking ..terjumpalah pulak cheesecake ni..memang tak pernah buat lagi cheesecake macam ni…stok cream cheese masih banyak..jadi akak suruh anak dara akak buat….tapi akak lupa pulak ambil kat umah sape…sorrylah tuan punya resepi…

Bahan-Bahan Base

  • 250gm biskut marie
  • 120gm mentega di cairkan

Cara-cara

1. Kisar biskut marie sehingga halus dan masukkan mentega cair sedikit demi sedikit.
2. Masukkan ke dalam spring form pan dan yang telah di alas dengan aluminium foil .

Bahan Untuk Filing

  • 500gm krim keju(cream cheese)-lembutkan pada suhu bilik
  • 100gm gula castor
  • 3 biji telur gred B
  • 250ml whipping cream
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 8-9 kepingan buah peach yang telah ditoskan.

Bahan untuk top crumble

  • 70gm mentega lembut
  • 40gm gula castor
  • 250gm tepung gandum

Cara-caranya

1. Campurkan semua bahan crumble sehingga menjadi crumb
2. Tabur dia atas kek.

Cara-caranya

1. Putar krim keju bersama gula castor sehingga sebati dan gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.
3. Masukkan whipping cream dan putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung jagung dan biarkan ia sebati.
5. Panaskan oven sehingga pada suhu 160’C.
6. Susun kepingan buah peach di atas base yang telah disejukkan.
7. Tuangkan adunan cream cheese tadi. Taburkan bahan crumble diatas adunan cream cheese.
8. Bakar secara ‘bain marie’ selama 1 jam 20 minit bergantung kepada oven masing-masing.
9. Setelah masak biarkan di dalam oven selama beberapa jam sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk semalaman. Keesokkan hari barulah di potong.

2 thoughts on “Peach Crumble Cheesecake

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s