Ke Tangkuban Parahu di Bandung


Bila dah duduk kat jakarta…..duduk kat sini ni punyalah tak best….dahlah duduk kat tengah bandar..pastu…..jalan selalu macet (jem)…pasal kat sebelah apartment akak ni shopping complex (itc kuningan-akak dah cerita dulu) pastu ada C4. Kat belakang tu Hotel JW Marriot yang kena bom pada 5hb. Ogos 2003..Sekarang ni kalau nak masuk ke hotel..kena periksa..ramai betul security..akak nak ambil gambar kat depan hotel tu pun tak boleh…mereka tak benarkan. Sejak hotel ni kena bom…kalau nak masuk mana-mana shopping complex ada security jaga..hendak-hendak kat area akak tinggal ni.


Kalau cuti panjang akak selalu ajak suami akak jejalan ke Bandung…tempat shopping…mana lagi tempat yang nak pergi…selalunya kami jarang booked hotel…kat situ banyak tempat tidur….tapi kena pandai cari.

Walaupun dah pergi ke sini agak lama..tapi akak nak cerita jugak kenangan masa pergi ke Tangkuban Perahu di Bandung. Kalau pergi ke Bandung rugi kalau tak pergi kesini..bukan senang nak tenguk gunung yang terakhir meletup pada tahun 1910..masih ada 9 kawah yang masih aktif sehingga sekarang.. Nak masuk ke sini kena bayar tau..Rp8,000 seorang. Dalam perjalanan nak kesini banyak nursery jual tanam-tanaman yang sesuai dengan cuaca kat sini yang sejuk. Tapi akak tak pernah beli…mesti mati kalau tanam kat apartment.

Masa akak duduk di jakarta….3-4 kali akak pergi ke Bandung dan 2 kali ke Tangkuban Perahu.

Pertama pergi dengan abah, mak, anak buah dan adik lelaki bersama isteri yang bawak anak kecil masa tu…kami bertolak dari jakarta pagi dan 21/2 jam kemudian kami sampai ke Tangkuban Perahu ni..turun aje dari mobil (van kijang) ..penjaja jalanan serbu…kalau dia tahu kita orang malaysia..lagilah dia ikut…dia orang ingat orang malaysia ni banyak duit….adik akak tak sabar…dia beli mahal giler…tak nak suruh suami akak tawarkan..dia beli angklung kecil dan cenderahati bentuk pen yang tulis nama tangkuban perahu.

Suami akak pasal tawar menawar ni memang terror…. kalau akak nak beli apa-apa..akak suruh aje dia tawarkan….suami beli baju…anak-anak beli t shirt bertulis tangkuban perahu.

Seronok tenguk bekas gunung berapi ni…kalau nak tenguk dari dekat pun boleh..tapi kena bayar dan kena bawa pemandu yang nak tunjuk arah jalan ke bawah.

Bertolak pagi dari Jakarta…sampai pun nak dekat pukul 10.00 pagi…masa tu ada supir yang bawak van kijang (unser)..oleh sebab tak muat firdaus, yana dan cd tinggal.

Anak buah ni ikut ke jakarta kerna nak cukupkan 5 orang..semua tak buat passport pasal mahal sangat RM300 seorang jadi ambil passport berkumpulan baru RM250.00.

Oleh sebab abah tak larat nak jalan…kami singgah minum kat sini..makan tahu bakar sumedang yang fofular tu…memang sedap tahu dia…tak sama dengan tahu kat sini..tak tahulah kenapa akak rasa tempe dan tahu kat sana lagi sedap.

Banyak betul orang berjualan…kat sini beli lagi murah dari penjaja jalanan…tapi kena jalan jauh sikit sampai ke bawah. Lagi satu jangan lupa tawar menawar. Minta separuh dari harga sebenar.

Oleh kerana pergi balik hari…masa pergi dgn abah dan mak…kami tak pergi ke bandar pun..cuma makan dan lepas tu balik semula ke Jakarta. Masa tak mengizinkan. Sampai kat Jakarta semula pun dah nak maghrib.

Sape-sape yang nak ke Bandung tu..akak syorkan gi ke sini…bukan senang nak tenguk bekas gunung berapi ni…kalau boleh tawar harga gila-gila kat penjual kat situ. Kalau tak beli jangan layan mereka. Kalau dah layan, mereka akan ikut sampai kita tak mampu nak menolaknya lagi.

Mengenai tempat ini…akak ambil dari website tentang bandung..
Tangkuban Perahu, merupakan salah satu gunung berapi yang berada di Lembang, Jawa Barat. kurang lebih 30 km sebelah utara kota Bandung. Nama Tangkuban Perahu berasal dari sebuah legenda tanah Sunda yang sangat terkenal, yaitu Sangkuriang. Gunung Tangkuban Perahu yang dari kejauhan nampak seperti perahu terbalik, konon diakibatkan oleh kesaktian Sangkuriang yang gagal meyelesaikan tugasnya dalam membuat perahu dalam waktu semalam untuk menikahi Dayang Sumbi yang tak lain adalah ibu kandungnya sendiri. Karena begitu kesalnya tidak dapat menyelesaikan pembuatan perahu tersebut, akhirnya Sangkuriang menendang perahu yang belum jadi tersebut. Lebih kurang macam tulah ceritanya.

Masa ni kat kami makan kat Restoren Sunda (Rumah Makan Sunda) memang kat Bandung banyak betul rumah makan orang sunda ni….makanan yang fofular ialah yang di panggil Nasi Timbel Lalab …lalab tu…ulam-ulaman yang dicicah dengan sambal..kalau nak makan sup bakso memang banyak…
Masa ni akak pergi dengan mak dan abah…kami makan ikan gurame (kaloi) bakar, ayam bakar dan nasi. Kat seberang jalan ada kedai-kedai yang jual barangan cenderamata dari rotan…mak dan adik ipar beli penutup makanan dan bakul pakaian bayi. Mereka kata murah bebenor..

6 thoughts on “Ke Tangkuban Parahu di Bandung

  1. bestnye jenjalan kt tmpt org! baru je sat tadi kawan aku ni bercerita nk ke bandung. tp angan2 jelah dulu, bila nk pegi tu tak tau lagi. Aku ni harapkan company ni je. Kalau boss bawak nnt, baru aku gi. Aku takde pitis kak! huhuhu😦

  2. salam kak ina…kita mmg glemer mcm artis kt tamgkuban perahu ni..penjual kerumun kita..x selesa rasa nak jalan2 kt sini..dah pernah pergi sekali cukup la..x sanggup daaaa…ada gak kena tipu psl stroberi tu..huhuhu…mgkin teruja sgt nak makan stroberi tu kot…insya’ALLAH..tahun ni nak kesana lagi..kali ni sopin2 aja…xmo pjt2 gunung lagik…

  3. salam ai…ala ai…kalau tak duduk sana..tak merasa akak gi tempat ni tau…dah duduk sana barulah jejalan kat situ..tak apa ai..insyallah nanti dapat jugak kamu gi ke sana..akak doakan ye..

  4. salam cik min…memang mcm tulah kalau org luar dtg ke situ…tak hati-hati ashik kena tipu aje…wah best nya nak ke bandung lagi…banyak lah dpt duit juta-juta…penuh satu gunung nanti bila di tukar dgn duit rm..bilalah nak gi tu?

  5. Pelancong ke bandung harus berhati-hati dengan gologan penipu iaitu:-1) pemandu teksi:- jika kita bagi duit besar, dia tak pulang baki atas alasan tiada duit kecil. Contoh tambang dari airport ke bandar hanya Rp40,000. Jika kita bagi duit Rp50,000 dia akan ambil terus tak pulang baki Rp10,000.2) pemandu teksi:- caj ikut jam. Saya naik teksi dia 2 jam 5 minit, dia caj harga 3 jam pulak.3) penjaja:- jual barang macam keychain harga mahal sampai RM100,0004) penjaja di tangkuban perahu:- dia ikut-ikut kita dari kawah ratu hingga kawah domas konon untuk tunjuk jalan (Guide?)tapi kita boleh jalan sendiri tanpa ditunjuk. Nanti dia cas kita. Ada makcik tu bayar sampai Rp1,000,000. Hai makcik kesian aku tengok.5) penjaja di tangkuban perahu:- sambil ikut kita, 5-6 orang penjaja berkeliling kita ala-ala paksa kita beli barang dia. Tasbih harga Rp800,000. Keychain harga Rp500,000. Alat urut harga Rp700,000.Oleh kerana saya telah beberapa kali ditipu di Bali jadi saya tahu mereka di Bandung pun ada taktik tipu. Sebab itu saya dengan tegas enggan bayar apa jua yang mereka minta.Sayangnya ramai rakyat Malaysia yang terkena tipu di Bandung ni.. Amalkan dan baca-bacalah ayat kursi jika ke sana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s